Thursday, 15 March 2012

CERITA KEHIDUPAN : SUATU KETIKA DAHULU

Teringat zaman riang riaku di waktu kecil. Waktu cuti sekolah merupakan hari yang ditunggu-tunggu. Waktu inilah aku berpeluang berkumpul dengan rakan-rakanku untuk bermain apa sahaja permainan. Sangat seronok sebab kami dapat bermain apa sahaja tanpa perlu mengeluarkan modal. Macam-macam permainan yang kami main umpamanya, teng-teng, galah panjang, baling tin, baling selipar, 'rounders', sorok-sorok dan macam-macam lagi la. Namun, pada hari ini tidak terlihat kanak-kanak bermain permainan tradisional lagi. Satu kerugian besar bagi aku sebab melalui permainan tradisional inilah kita dapat bergaul dengan orang lain dan sedikit sebanyak mengeratkan lagi hubungan yang sedia ada. Kalau bergaduh, itu perkara biasa bagi kami. Tapi pergaduhan kami tidak berpanjangan sebab kami pasti berbaik semula. Caranya mudah sahaja. Cukup kita memulakan sesuatu permainan dan pasti rakan yang bergaduh dengan kita akan kembali semula kepada kita. Dilihat pada kanak-kanak masa kini, tidak kelihatan lagi duduk berkumpul di halaman rumah untuk berkumpul dan bermain dengan rakan-rakan. Kanak-kanak hari ini lebih suka 'memerap' dalam rumah dan mengadap komputer, laptop, ipad, playstation dan macam-macam lagi peralatan moden yang lain. Kalau dulu, pagi-pagi lagi kami akan bangun, mandi dan terus keluar rumah untuk bermain. Makan semua tidak diendahkan apabila telah seronok bermain. Lewat petang baru terfikir nak balik rumah. Jom kita mengimbau semula permainan yang dimainkan suatu ketika dahulu.

permainan congkak

pelan galah panjang

permainan galah panjang

permainan konda kondi

permainan lompat tikus

permainan lompat getah

permainan baling guli

pelan teng-teng

permainan teng-teng