Sunday, 2 December 2012

EPISOD KEHIDUPAN : KENANGAN TERINDAH



Kehidupan berumahtangga sememangnya sangat mencabar. Kesabaran amat dititiberatkan demi menjamin kehidupan yang lebih bahagia.
                Apabila kita menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, tanggungjawab mengurus rumahtangga sudah semestinya terletak di tangan isteri. Isteri bertindak sebagai raja di rumah (jangan salah faham….raja dalam mengurus hal ehwal dalam rumah je ek). Segala menu ditentukan oleh isteri. Bagi isteri yang tidak berapa mahir masak pasti akan menjadi lebih mahir andai sudah terbiasa dengan kerja-kerja di dapur (macam tu jugakla dengan aku.huhuhu). Setiap hari pasti akan bereksperimentasi dengan resipi yang bakal dicuba. Cukup-cukup bertuah andai resipi yang dicuba menjadi dan disukai suami….
                Menjadi kepuasan buat si isteri apabila masakannya dipuji sang suami. Semangat untuk memasak berkobar-kobar dalam diri. Tak sabar untuk menunggu hari esok rasanya. Sebabnya….nak masak untuk suami lagi.hehehe….Satu kejayaan besar buat seorang isteri apabila berjaya memasak makanan kegemaran suami dan disamakan dengan masakan ibunya….(tapi tetap yakin memang tak boleh lawan sifu.huhuhu).
                Aku akui dulu aku bukanlah seorang yang mahir memasak. Buat kerja rumah pun liat.(pengakuan ikhlas ni….)Tapi, Alhadulillah, setelah berumahtangga dan sedar akan tanggungawab yang dipikul, aku mampu untuk mengurus rumahtangga dengan agak baik.(poyo je kan???kihkihkih….) Sekarang ni tidak ada apa yang perlu dirisaukan kalau tidak pandai memasak. Bukak je internet melambak-lambak resepi yang boleh dicuba. Lama-lama nanti mesti mahir jugak untuk memasak. In shaa Allah, tidak akan ada suami yang mati kebulur kalau isteri tidak pandai masak. Apa yang penting, sebagai seorang isteri mesti berusaha untuk memancing selera sang suami. Jangan beralasan dan mengambil kesempatan atas kebaikan suami. Sebagai isteri kita perlu juga memasak untuk suami kerana air tangan isteri mampu menambat hati suami. Lebih membanggakan isteri andai perut suaminya boroi bukan sebab makan rasuah tapi sebab makan hasil air tangan isterinya sendiri.hehehe…. Walaupun kadang-kala suami mengatakan dia tidak kisah andai isterinya tidak memasak dan mengajak makan di luar, tapi dari sudut hatinya dia tetap menginginkan masakan daripada isterinya….Percayalah….. Bagi para isteri, renung-renungkan dan selamat beramal……