Banyak dugaan yang diterima oleh pendidik pada masa kini. Dikecam, dicemuh, dihina namun kami masih setia dan ikhlas menabur bakti. Insyaallah, kami tidak akan gentar walaupun kadang hati kami rapuh meniti hari-hari yang mencabar. Semua bidang pekerjaan mempunyai cabaran yang tersendiri. Tetapi, sejak akhir-akhir ini profesion perguruan sering menjadi isu yang dihangatkan. Profesion kami tidak lagi dimuliakan malah sewenang-wenang maruah kami dipijak-dipijak dek sekelumit kesalahan yang dilakukan. Siapalah kami? Kami cuma insan biasa yang suara kami tidak lagi mampu didengari hatta pelajar jauh sekali segelintir masyarakat yang gemar mencari kekhilafan kami. Walau apa yang terjadi, jiwa kami tetap kental walau perit menelan pahit diuji.
Sebagai seorang pendidik, kami tidak pernah meminta jasa kami dibalas dengan wang ringgit atau harta benda. Kami juga tidak mengharapkan pujian yang melambung tinggi. Cuma, hargailah pengorbanan kami dan hormatilah kami sebagai guru. Buat pelajar, gunakanlah bahasa dan intonasi yang betul ketika menyahut panggilan atau bercakap dengan guru kalian. Bahasa cerminan jiwa. Rosak bahasa, rosaklah jiwa...

Di kesempatan ini, ingin diucapkan jutaan terima kasih kasih yang tidak terhingga buat semua guru yang pernah menabur jasa dalam mencurahkan ilmu buat diriku ini. Jasa kalian tidak mungkin akan kulupa. Kerana kalian jugalah aku menjadi aku pada hari ini.
Masihku ingat beberapa nama guru yang pernah mencurahkan ilmu buatku. Aku memulakan persekolahan di SK Ayer Limau, Masjid Tanah, Melaka dalam darjah 1. Di sini, aku mengenal ABC, 123, Alif Ba Ta seterusnya belajar membaca, menulis dan mengira. Antara guru yang masih kuingat ketika itu ialah, Cikgu Hajjah Siti Rahmah, Cikgu Yusoff, Cikgu Halimahton, Cikgu Zainal, Cikgu Tan (satu-satunya guru berbangsa Cina), Cikgu Rahim, Cikgu Abu Bakar, Cikgu Rosli, Cikgu Siti Wardah, Cikgu Noriah, Ustazah Syukriah, Ustazah Serene, dan Ustaz Ahmad.

Kemudian, aku meneruskan persekolahan ke alam menengah (Tingkatan 1-6) di SMK Sultan Alauddin, Masjid Tanah. Antara guru yang mengajar ketika itu ialah, Cikgu Kalsom Misri, Cikgu Kuntom Puteh, Cikgu Sahak, Ustazah Zaini, Ustazah Rubiah, Cikgu Asri, Cikgu Rahman, Cikgu Zaini, Cikgu Umi Kalthom, Cikgu Rohana, Cikgu Siti Rohana, Cikgu Thalas Zainal, Cikgu Siti Rohani, Cikgu Rosli Mohammad, dan Cikgu Rohaya.
Itulah sebahagian nama-nama guru dan wajah mereka masih diingati sehingga kini. Ada juga beberapa cikgu, ustaz dan ustazah yang masih kuingat wajah mereka tetapi nama mereka aku terlupa. Dalam ramai-ramai guru tersebut, ada yang sudahpun pergi mengadap Ilahi. Al-Fatihah..... Semoga kalian tenang di sana. Insyaallah, ilmu yang dibekalkan kepada kami anak-anak muridmu ini akan kami manfaatkan sehingga nafas yang terakhir. Itulah yang menjadi bekalan buat kalian di sana.
Kini, aku meneruskan perjuangan kalian dalam mendidik anak bangsa walau cabaran pada hari ini tidak sehebat yang kalian lalui seketika dahulu. Zaman yang kami lalui sangat berbeza dan mencabar mental dan fizikal kami. Diharap, aku mampu menyerap semangat kalian yang ikhlas mendidik anak bangsa. Kepada kalian, inginku sampaikan kalimah keramat, TERIMA KASIH, CIKGU!
Kepada semua pendidik, SELAMAT HARI GURU dan semoga kita diberikan kekuatan dan ketabahan dalam menghadapi dunia pendidikan yang semakin mencabar. Semoga semua kecaman tidak akan sesekali melunturkan semangat kita.....Sesungguhnya, aku berbangga menjadi seorang GURU.