Aku memang tabik spring pada suri rumah sepenuh masa ni.hari-hari buat benda yang sama dari celik anak mata sampai la mata terpejam nak tido.memang super duper hebat la.hebat macam superwoman.Nak cite pasal superwoman,aku rasa mak aku la suri rumah vs superwoman yang super duper hebat.bayangkan mak mampu membesarkan kami tujuh beradik dengan jayanya...huhuhu...sampai la aku di tahap sekarang ni.bukan setakat anak-anak nak dibesarkan, anak-anak lembu termasuk mak bapak lembu pun mak mampu nak jaga...mak memang hebat...
Bangun pagi je, maka bermula la rutin mak.mana nak masak sarapan, basuh baju, sidai baju, bagi ayam itik makan,masak tengah hari lagi. petang-petang uruskan lembu-lembu dan kambing-kambing yang ada.fuhhh...dahsyat.sian kat mak...patut la mak slalu tido awal....
Aku sangat bangga punya mak yang super duper hebat.Skangni, ni la masa aku untuk balas segala jasa mak pada kami.in shaa Allah, selagi termampu, aku akan berikan yang terbaik untuk mak.mak la ratu hatiku dan SUPERWOMAN dalam hidupku.....


No comments:
Post a Comment