Wednesday, 30 November 2011

CERITA CINTA : EPISOD SELANGKAH KE GERBANG PERKAHWINAN

"Kita tunang nak?Saya dah fikir masak-masak".HAAAAAA!!!!!!!Tunang?Biar betul? Terkejut aku bila si dia meluahkan hasrat hati. Dalam-dalam terkejut, gembira pun ada. huhuhuhuhu....Siapa yang tak nak kan?hehehehe...Dalam pada itu, aku minta si dia agar memikirkan sedalam-dalamnya keputusan yang dibuat. "Saya dah fikir dah. Dah tak ada apa lagi yang saya nak tunggu. Saya rasa ini keputusan yang tepat", jawabnya selamba. Hmmmm.......

     "Kenapa tiba-tiba nak ajak tunang ni?", tanyaku kepada si dia. "Tah la. Saya takut bila kita dah jauh, awak ada orang lain". Nak gelak pun ada. Macam la tak kenal dengan aku. Aku ni kan pecinta yang setia....hehehehe....

     Setelah kami berbincang sesama sendiri, aku sarankan agar pihak keluarganya bertemu dengan emak untuk perbincangan. Kita kan orang Melayu. Orang Melayu kaya dengan adat dan tata susila. Nak pinang anak orang mestilah beradat. Semoden mana pun kita, adat jangan sesekali letak ke tepi. Kalau tak, tak adalah pepatah, "Biar mati anak jangan mati adat" kan? Yang paling best, kami sama-sama ada darah minang. Siap ada suku-suku lagi. Aku pun tak tau aku suku apa. Jangan otak 3 suku dah la ek. huhuhuhu....Kalau orang-orang tua tu tahulah kot..... 


    Setelah kata sepakat diambil,  kami pun "diikat" pada 31 Mei 2009. Kami sepakat untuk ditunangkan dalam tempoh dua tahun. Lama kan? Tapi aku yakin. Seandainya jodoh kami memang sudah tertulis, selama mana pun tempoh yang dijanjikan, kami tetap bersatu juga akhirnya nanti. Insyaallah....

     Dalam majlis tersebut, pihakku menyerahkan 7 dulang hantaran berbalas 5 dulang daripada pihaknya. Semua hantaran daripada pihakku adalah hasil kerja tangan aku sendiri. Hebatkan?hahahaha...Riak la pulak...Tapi disebabkan aku sukakan kesederhanaan, aku hias tak la grand mana pun. Baru tunang je pun. Tak nak la over sangat. Sederhana kan lebih baik. Wasatiah kata orang Arab.hehehehe.... Baju tunang pun aku pilih kain yang biasa-biasa je. Baru tunang kan. Takkan nak pakai liplap-liplap. Geli aku. Kang orang cakap tak sabar nak menikah pulak. Masa beli kain pun mula-mula sidia pilihkan kain satin+lace. Mintak maaflah. Awal-awal lagi aku dah reject.huhuhuhu

     Kata orang, dalam tempoh bertunang ni darah manis. Manis la sangat kan?Nasib tak ada semut yang nak dekatkan. Kalau ada pun, semut yang bernama Mohd Najib je. hehehehe....Tapi, betul la. Banyak dugaan untuk kami. Namun, Alhamdulillah syukur pada Allah kerana berkat doa yang tidak putus-putus akhirnya kami tetap disatukan jua....


*mintak maaf la ek. Takde gambar nak dikongsikan. Tah mane pegi tah. Malas nak carik. Tapi, untuk episod selanjutnya, insyaallah....Jumpa lagi di episod yang akan datang....Salam

Tuesday, 29 November 2011

MOTIVASI KEHIDUPAN

  
   Dalam menghadapi kehidupan, pasti terdapat banyak cabaran untuk kita tempuhi. Terpulang pada kita bagaimana cara yang dipilih untuk mengatasi setiap halangan tersebut. Namun, harus diingat jangan sampai jalan yang dipilih akan membawa kesesatan kepada kita.  Jika rasa buntu, mohonlah petunjuk daripada Allah. Insyaallah, akan dipermudahkan jalan buat kita.

     Setiap orang juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Kita bukan malaikat yang suci daripada noda dan dosa. Namun, berusahalah untuk memperbaiki diri. Jangan sesekali putus asa dan yang paling penting, jangan kita terlalu mudah putus harap pada rahmat Allah SWT. Allah itu Maha Pengampun. Tidak sesekali Dia membiarkan hambaNya terkapai-kapai dalam menongkah gelora kehidupan. Cuma, kadang-kala rahmat itu sampai agak lewat untuk hambaNya kerana hanya Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

     Kadang-kala, kita sebagai umatnya lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang telah Dia kurniakan. Kita terlalu alpa dengan kenikmatan yang Dia berikan. Apabila Allah menurunkan sedikit ujian buat kita, alangkah cepatnya kita mengeluh. Nauzubillah....Sedangkan apabila kita dikurniakan kesenangan walaupun sedikit, tidak pernah kita menadah tangan mengucapkan syukur kepadaNya. Pernahkah kita terfikir tentang itu?

                                                 
     Dalam kehidupan ini, Allah tidak akan sesekali memberikan kepahitan kepada kita tanpa kita merasai kemanisannya. Dia lebih mengetahui apa yang direncanakan buat kita. Sebagai hamba, kita perlu sentiasa berdoa dan terus berdoa. Redhailah setiap ujian yang diberikan kepada kita kerana nescaya, akan ada kebaikan untuk kita kelak. Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmatnya. Amin Ya Rabbal Aalamin....

Monday, 28 November 2011

EPISOD KEHIDUPAN : TENTANG NENEK

     Tiba-tiba teringat tentang nenek. NENEK. Mungkin bagi sesetengah orang tiada yang istimewa dapat dikongsikan tentang nenek. Tapi, bagi aku ada satu cerita yang menarik tentang nenek yang ingin dikongsikan.

     NENEK.... Ibu kepada ayah atau ibu kita. Apabila disebut tentang nenek, terbayang dibenak kita seorang wanita tua yang berkedut wajahnya dan rambut beruban. WO... Itulah panggilan kami buat nenek. WO amat istimewa di mata kami kerana sehingga ke hari ini kami tidak henti-henti bercerita kisah tentangnya jika teringatkannya. 

     Setiap kali aku pulang dari sekolah, WO akan setia menanti di muka pintu rumahnya walaupun aku tinggal bersama mak dan ayah di hujung kampung. Kadang-kadang, dia tertidur di muka pintu. Mungkin kebosanan kerana keseorangan di rumah. Di atas meja di ruang tamu serambi rumah, pasti telah tersedia milo panas dan jemput-jemput. Kadang-kadang jika kehabisan susu, WO akan sediakan air milo kosong atau teh. Sebelum balik ke rumah mak dan ayah, aku akan makan dahulu apa yang telah dihidangkan. Sambil makan, WO akan bercerita apa yang berlaku pada hari itu. Satu perkara yang tidak boleh dipisahkan dengan WO yang kami akan ingat sehingga ke hari ini ialah keenakan nasi gorengnya. Nasi goreng yang WO buat memang sedap dan tiada bandingannya dengan mana- mana tempat. Setiap petang apabila kami mengambil WO untuk tidur di rumah kami, pasti ada bekalan yang dibawa untuk kami. WO akan tersenyum apabila melihat cucu-cucunya berselera menikmati nasi gorengnya. (Memang sedap woooooo!!!!!Hingga menjilat jari tau.huhuhuhu)

     Satu hari semasa aku pulang dari sekolah, ku lihat WO di rumah saudaraku dan ramai orang disitu. Rupanya Wo telah diragut. Habis rantai emas WO direntap peragut. Mujur, WO selamat dan tiada kecederaan serius. (Cuma leher je melecet siket). Nasib WO memang tak baik hari itu.

     Kalau aku tidak singgah ke rumah WO selepas pulang dari sekolah, WO pasti akan bertanya, "tak sekolah ke hari ni?".hehehehe... "sekolah la, tadi naik prebet sapu terus sampai rumah sebab dah petang sangat", jawabku. Aku balik lambat pun sebab ada kelas tambahan.

     Satu ketika, WO jatuh sakit. Mula-mula, kami kesan apabila terlihat mulutnya tiba-tiba menjadi senget. Aku orang yang mula-mula perasan akan keadaan itu terasa mengelabah. Terus panggil ayah. Ayah tanya pada WO samaada dia ok atau tak. Tapi, yang herannya, WO cakap OK. sejak tu, WO mula tak boleh menahan kencing. Kadang-kadang, aku dan kak ngah akan mengelap air kencing yang meleleh di lantai. Apabila keadaan WO mula bertambah teruk, aku dan kak ngah akan bergilir-gilir menguruskan WO. WO kami pakaikan pampers. Mula-mula, WO tak mahu dipakaikan pampers mungkin sebab segan. Kalau pakai pun, dia nak pakai sendiri. Tapi, kami tak pernah mengabaikan WO. Walaupun dimarah, (sebab nak pakai pampers sendiri) kami tetap sabar menguruskan dirinya. Setiap pagi, kami akan mengangkat WO ke bilik air untuk mandi dan membersihkan diri. Rambutnya kami syampu dan badannya akan disabun sehingga wangi. Untuk memudahkan kami menguruskannya dan untuk keselesaannya juga, rambutnya telah dipotong pendek.

     Aku masih ingat lagi, semasa keadaannya belum bertambah teruk, kulihat dia termenung di atas kerusi malas. Apabila ditanya, dia menjawab dia nak mati. Lantas meminta untuk dipakaikan barang kemasnya. Setelah keadaannya teruk, dia sendiri yang menanggalkan barang kemas tersebut. WO juga teringin untuk makan hati ayam dan buah ciku. Alhamdulillah, hajatnya untuk makan hati ayam yang digoreng dapat ditunaikan. Namun, hajatnya untuk makan buah ciku tidak tertunai memandangkan pada ketika itu, tiada musim buah ciku.

     WO mula ternampak bayangan-bayangan orang yang telah pergi yang mempunyai ikatan dengannya. Kami mula jadi takut kerana kami tahu, WO akan pergi meninggalkan kami. Saat itu, satu persatu anggota badan WO mulai lumpuh bermula daripada kakinya. Yang terakhir, suara WO telah disekat. Tiada lagi komunikasi antara kami. 

     Pada malam itu, saat aku sedang menelaah pelajaran, (memandangkan SPM semakin hampir)  kulihat nafas WO seakan tersekat. Mula-mula, aku ingatkan WO haus. Lalu kusuapkan air ke bibirnya. Namun, keadaannya kulihat seakan-akan sedang bertarung nyawa. Kupanggil ayah dan kami semua mengelilingi WO. Ucapan kalimah syahadah dititipkan di telinga WO. Saat itu, WO pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Bercucuran airmata kami. 

     Namun, syukur Alhamdulillah kerana kurang rasa terkilan di hatiku kerana aku sempat berbakti untuk WO dalam menguruskan dirinya. Walaupun sudah 10 tahun WO meninggalkan kami, kenangan bersamanya masih segar dalam ingatan. Aku bertuah memiliki seorang nenek yang tidak pernah lokek dan sangat menyayangi kami.  Semoga roh WO ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihi ILAHI.Amin ya rabbal a'lamin.......


Saturday, 19 November 2011

CERITA CINTA : EPISOD CINTAN CINTUN

Weewitttttt! “Bunyik cencorot mane la tu…”,getus hatiku . Geram rasanya hati kerana sejak tadi asyik terdengar lelaki gatal tidak habis-habis membuat bunyi yang kurang menyenangkan.  Aku menoleh ke arah  punca bunyi tersebut. Terlihat kelibat seorang pemuda yang memerhatikanku dari jauh sambil tangannya ligat menyiang ikan. Sempat dia menoleh ke arahku dan mengenyitkan matanya. Dasar lelaki miang!!! Huh, geram rasa hati melihat tingkah laku pemuda tersebut. Namun, wajah kacaknya (kacak ke?huhuhuhu) sedikit sebanyak mencairkan hatiku.(hahahaha….. )
                Hari demi hari berlalu. Aku tidak ambil pusing mengenai pemuda tersebut. Aku tidak sedar sama ada dia ada atau tidak tiap-tiap hari. Walaupun wajahnya agak menarik, tetapi dia kurang menarik minatku disebabkan kulit wajahnya yang agak cerah. Aku sememangnya tidak berminat dengan lelaki yang berkulit cerah kerana bagiku lelaki yang berkulit cerah macam pondan!(oooopppps!terlebih sudah.huhuhuhu…..). Cuma yang pasti, kalau dia ada pasti dia mencuri-curi pandang dan memanggilku ketika kakakku dan pembantuku leka dengan kerja mereka.
                Satu hari ketika aku ingin mengambil bil setelah selesai berniaga (aku sempat mengambil alih menjual sayur-sayuran di pasar setelah kematian bapaku sementara cuti semester 3 bulan), pemuda yang sering cuba menarik perhatianku (dah selalu ‘swit2 tu kira nak ngorat la tu kan?) memanggilku dan cuba meminta nombor telefonku. “Kalau nak, mintak la kat kakak”. Aku memang jenis yang bukan mudah untuk memberikan nombor telefonku kepada orang lain lebih-lebih lagi orang yang aku tak kenal. “Buat apa nak mintak kat kakak, awak bagi je la”, ucapnya. Namun, aku terus berlalu dan meninggalkannya dengan senyuman.(kihkihkih).
                Kadang-kadang kulihat pemuda ni sangat berani sampaikan dia pernah baling ais ke arahku untuk menarik perhatianku. Marah betul aku masa tu. Nasib ketulan ais yang dibaling tak terkena kepala. Kalau tak, memang cari nahas la.
                Namun, pada suatu hari, kulihat kelibat pemuda ni keluar dari lorong belakang dengan memakai uniform sekolah. Haaaaaa????????Budak sekolah rupanya dia ni. Terkejut aku dengan apa yang kulihat kerana susuk tubuhnya tak umpama budak sekolah. Selama ni kusangkakan dia lebih kurang sebaya dengan aku je. Rupanya telahanku meleset. Cis!Memang hampeh tol la.
                Oleh sebab aku sudah tau dia budak sekolah jadi, setelah dia berulang kali meminta nombor telefonku, aku mula berani memberikannya. Aku membuat isyarat untuk bertemu di pondok telefon. Selang beberapa minit, dia datang dan aku terus memberikan nombor telefonku kepadanya. Aku sempat bertanya kepadanya, “sekolah lagi ek?”. “A’ah”,jawabnya sambil berlalu pergi.
                Malam tu dia mula menelefonku dan kami berbual agak panjang. Salam perkenalan…..huhuhuhu.  Kami  bercerita tentang diri masing-masing. Dia terkejut apabila aku memberitahu usiaku yang sebenar. Waktu itu, umurku hampir menjangkau 21 tahun. Dia sangat terkejut kerana sangkanya aku budak asrama baru habis SPM.(sebab aku selalu pakai baju lengan panjang n track suit je). Tolong sikit ek…..Maknanya aku ni awet muda la kan?kuikuikui… Aku diberitahu bahawa si dia bekerja sambilan di pasar ketika cuti hujung minggu untuk menambah duit poket.(rajinnye die……)
                Hari demi hari perhubungan kami makin rapat. Walaupun aku berada jauh di perantauan (perantauan la sangat…), dia tetap rajin menghubungiku. Walaupun wujud jurang antara usia kami, tapi aku senang dengan sikapnya yang telus. Sepanjang berkawan dengannya tidak terasa perbezaan usia antara kami. Mungkin disebabkan pergaulannya yang lebih banyak dengan orang yang lebih berumur daripadanya. Hubungan kami berlanjutan tanpa disedari bibit percintaan mula bertapak di hati.(huh!poyo tol.huhuhuhu). (Bunga-bunga cinta semakin berkembang nampaknya....hehehehe.)Walaupun tiada lafaz yang menzahirkan perasaan kami tatkala itu, namun masing-masing mengerti akan perasaan yang tersemat dalam hati masing-masing.(memang sangat poyo kan?huhuhuhu)
macam ni la agaknya bunga-bunga cinta antara kami
                  Sepanjang percintaan (kira dah bercinta la tu walaupun tak pernah declare), banyak dugaan yang ditempuhi. Lebih-lebih lagi si dia mempunyai banyak skandal.(eleh, ingat aku tak tahu la tu.huh!). Aku tidak meletakkan apa-apa harapan terhadap perhubungan kami kerana sememangnya aku tidak mudah percaya dengan lelaki (sebab pernah frust …sedihnye….). Namun, kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang. Walaupun hubungan kami pernah terputus seketika, namun ianya bertaut kembali setelah si dia berusaha meyakinkan aku dengan keikhlasan cintanya (ikhlas ke??????huhuhu). Pelik!Walaupun banyak dugaan yang menimpa, tapi aku tetap setia dengannya. Kalau orang lain mesti dah angkat kaki punya. Namun, tiada yang mustahil sekiranya memang si dia jodohku.
                Tiada yang mustahil sebenarnya. Disebalik kenakalannya, tersimpan sesuatu dalam dirinya yang menarik perhatianku mungkin juga orang lain. Sikap tanggungjawab yang ada dalam dirinya benar-benar meyakinkan aku dengan perhubungan kami. Hampir tiga tahun kami menyulam cinta, si dia mencadangkan agar ikatan diteruskan dengan ikatan pertunangan. Maka, bertunang la kami……
                Sudah menjadi lumrah, setiap perhubungan itu pasti ada pasang surutnya. Begitu juga dengan kami.  Namun, Allah kuatkan ikatan kami dengan permulaan ikatan janji iatu majlis pertunangan kami.
(Sekian sahaja kisah cinta kami. Kisah seterusnya akan disambung pada episod yang akan datang.  TUNGGUUUUUUU………)

Friday, 18 November 2011

15 CiRi waNiTa SyUrGa

Actually, artkel ni dipetik dari laman iluvislam.com. saya suka singgah di laman ni kerana banyak input yang boleh dikongsi bersama.semoga kita sama-sama dapat manfaat darinya....

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

A'eh, tibe2 brbloging la plak!huhuhuhu ^o^

Assalamualakum pembuka bicare.....

hehehe...tbe2 bleh brbloging la plak. ni gare2 trikut2 ngn mmber la ni...Pn. Salina Aizat, sy dh de blog sndri la.huhuhuhu..... lpas ni kne asah minda cket tok kgsi cerita ngn sume org.huhuhuhu....dlam kpale ni yg trpikir, mle2 nk share ape2 je yg brmkne tok kte sume.....insyaallah....

apepun kne tggu dulu la ape yg dpt dkgsikn nanti ek....tgguuuuuuu.....ok la, stakat ni je pngenalan kali ni...salam...