Weewitttttt! “Bunyik cencorot mane la tu…”,getus hatiku . Geram rasanya hati kerana sejak tadi asyik terdengar lelaki gatal tidak habis-habis membuat bunyi yang kurang menyenangkan. Aku menoleh ke arah punca bunyi tersebut. Terlihat kelibat seorang pemuda yang memerhatikanku dari jauh sambil tangannya ligat menyiang ikan. Sempat dia menoleh ke arahku dan mengenyitkan matanya. Dasar lelaki miang!!! Huh, geram rasa hati melihat tingkah laku pemuda tersebut. Namun, wajah kacaknya (kacak ke?huhuhuhu) sedikit sebanyak mencairkan hatiku.(hahahaha….. )
Hari demi hari berlalu. Aku tidak ambil pusing mengenai pemuda tersebut. Aku tidak sedar sama ada dia ada atau tidak tiap-tiap hari. Walaupun wajahnya agak menarik, tetapi dia kurang menarik minatku disebabkan kulit wajahnya yang agak cerah. Aku sememangnya tidak berminat dengan lelaki yang berkulit cerah kerana bagiku lelaki yang berkulit cerah macam pondan!(oooopppps!terlebih sudah.huhuhuhu…..). Cuma yang pasti, kalau dia ada pasti dia mencuri-curi pandang dan memanggilku ketika kakakku dan pembantuku leka dengan kerja mereka.
Satu hari ketika aku ingin mengambil bil setelah selesai berniaga (aku sempat mengambil alih menjual sayur-sayuran di pasar setelah kematian bapaku sementara cuti semester 3 bulan), pemuda yang sering cuba menarik perhatianku (dah selalu ‘swit2 tu kira nak ngorat la tu kan?) memanggilku dan cuba meminta nombor telefonku. “Kalau nak, mintak la kat kakak”. Aku memang jenis yang bukan mudah untuk memberikan nombor telefonku kepada orang lain lebih-lebih lagi orang yang aku tak kenal. “Buat apa nak mintak kat kakak, awak bagi je la”, ucapnya. Namun, aku terus berlalu dan meninggalkannya dengan senyuman.(kihkihkih).
Kadang-kadang kulihat pemuda ni sangat berani sampaikan dia pernah baling ais ke arahku untuk menarik perhatianku. Marah betul aku masa tu. Nasib ketulan ais yang dibaling tak terkena kepala. Kalau tak, memang cari nahas la.
Namun, pada suatu hari, kulihat kelibat pemuda ni keluar dari lorong belakang dengan memakai uniform sekolah. Haaaaaa????????Budak sekolah rupanya dia ni. Terkejut aku dengan apa yang kulihat kerana susuk tubuhnya tak umpama budak sekolah. Selama ni kusangkakan dia lebih kurang sebaya dengan aku je. Rupanya telahanku meleset. Cis!Memang hampeh tol la.
Oleh sebab aku sudah tau dia budak sekolah jadi, setelah dia berulang kali meminta nombor telefonku, aku mula berani memberikannya. Aku membuat isyarat untuk bertemu di pondok telefon. Selang beberapa minit, dia datang dan aku terus memberikan nombor telefonku kepadanya. Aku sempat bertanya kepadanya, “sekolah lagi ek?”. “A’ah”,jawabnya sambil berlalu pergi.
Malam tu dia mula menelefonku dan kami berbual agak panjang. Salam perkenalan…..huhuhuhu. Kami bercerita tentang diri masing-masing. Dia terkejut apabila aku memberitahu usiaku yang sebenar. Waktu itu, umurku hampir menjangkau 21 tahun. Dia sangat terkejut kerana sangkanya aku budak asrama baru habis SPM.(sebab aku selalu pakai baju lengan panjang n track suit je). Tolong sikit ek…..Maknanya aku ni awet muda la kan?kuikuikui… Aku diberitahu bahawa si dia bekerja sambilan di pasar ketika cuti hujung minggu untuk menambah duit poket.(rajinnye die……)
Hari demi hari perhubungan kami makin rapat. Walaupun aku berada jauh di perantauan (perantauan la sangat…), dia tetap rajin menghubungiku. Walaupun wujud jurang antara usia kami, tapi aku senang dengan sikapnya yang telus. Sepanjang berkawan dengannya tidak terasa perbezaan usia antara kami. Mungkin disebabkan pergaulannya yang lebih banyak dengan orang yang lebih berumur daripadanya. Hubungan kami berlanjutan tanpa disedari bibit percintaan mula bertapak di hati.(huh!poyo tol.huhuhuhu). (Bunga-bunga cinta semakin berkembang nampaknya....hehehehe.)Walaupun tiada lafaz yang menzahirkan perasaan kami tatkala itu, namun masing-masing mengerti akan perasaan yang tersemat dalam hati masing-masing.(memang sangat poyo kan?huhuhuhu)
![]() |
| macam ni la agaknya bunga-bunga cinta antara kami |
Sepanjang percintaan (kira dah bercinta la tu walaupun tak pernah declare), banyak dugaan yang ditempuhi. Lebih-lebih lagi si dia mempunyai banyak skandal.(eleh, ingat aku tak tahu la tu.huh!). Aku tidak meletakkan apa-apa harapan terhadap perhubungan kami kerana sememangnya aku tidak mudah percaya dengan lelaki (sebab pernah frust …sedihnye….). Namun, kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang. Walaupun hubungan kami pernah terputus seketika, namun ianya bertaut kembali setelah si dia berusaha meyakinkan aku dengan keikhlasan cintanya (ikhlas ke??????huhuhu). Pelik!Walaupun banyak dugaan yang menimpa, tapi aku tetap setia dengannya. Kalau orang lain mesti dah angkat kaki punya. Namun, tiada yang mustahil sekiranya memang si dia jodohku.
Tiada yang mustahil sebenarnya. Disebalik kenakalannya, tersimpan sesuatu dalam dirinya yang menarik perhatianku mungkin juga orang lain. Sikap tanggungjawab yang ada dalam dirinya benar-benar meyakinkan aku dengan perhubungan kami. Hampir tiga tahun kami menyulam cinta, si dia mencadangkan agar ikatan diteruskan dengan ikatan pertunangan. Maka, bertunang la kami……
Sudah menjadi lumrah, setiap perhubungan itu pasti ada pasang surutnya. Begitu juga dengan kami. Namun, Allah kuatkan ikatan kami dengan permulaan ikatan janji iatu majlis pertunangan kami.
(Sekian sahaja kisah cinta kami. Kisah seterusnya akan disambung pada episod yang akan datang. TUNGGUUUUUUU………)


No comments:
Post a Comment