"Kita tunang nak?Saya dah fikir masak-masak".HAAAAAA!!!!!!!Tunang?Biar betul? Terkejut aku bila si dia meluahkan hasrat hati. Dalam-dalam terkejut, gembira pun ada. huhuhuhuhu....Siapa yang tak nak kan?hehehehe...Dalam pada itu, aku minta si dia agar memikirkan sedalam-dalamnya keputusan yang dibuat. "Saya dah fikir dah. Dah tak ada apa lagi yang saya nak tunggu. Saya rasa ini keputusan yang tepat", jawabnya selamba. Hmmmm.......
"Kenapa tiba-tiba nak ajak tunang ni?", tanyaku kepada si dia. "Tah la. Saya takut bila kita dah jauh, awak ada orang lain". Nak gelak pun ada. Macam la tak kenal dengan aku. Aku ni kan pecinta yang setia....hehehehe....
Setelah kami berbincang sesama sendiri, aku sarankan agar pihak keluarganya bertemu dengan emak untuk perbincangan. Kita kan orang Melayu. Orang Melayu kaya dengan adat dan tata susila. Nak pinang anak orang mestilah beradat. Semoden mana pun kita, adat jangan sesekali letak ke tepi. Kalau tak, tak adalah pepatah, "Biar mati anak jangan mati adat" kan? Yang paling best, kami sama-sama ada darah minang. Siap ada suku-suku lagi. Aku pun tak tau aku suku apa. Jangan otak 3 suku dah la ek. huhuhuhu....Kalau orang-orang tua tu tahulah kot.....
Setelah kata sepakat diambil, kami pun "diikat" pada 31 Mei 2009. Kami sepakat untuk ditunangkan dalam tempoh dua tahun. Lama kan? Tapi aku yakin. Seandainya jodoh kami memang sudah tertulis, selama mana pun tempoh yang dijanjikan, kami tetap bersatu juga akhirnya nanti. Insyaallah....
Dalam majlis tersebut, pihakku menyerahkan 7 dulang hantaran berbalas 5 dulang daripada pihaknya. Semua hantaran daripada pihakku adalah hasil kerja tangan aku sendiri. Hebatkan?hahahaha...Riak la pulak...Tapi disebabkan aku sukakan kesederhanaan, aku hias tak la grand mana pun. Baru tunang je pun. Tak nak la over sangat. Sederhana kan lebih baik. Wasatiah kata orang Arab.hehehehe.... Baju tunang pun aku pilih kain yang biasa-biasa je. Baru tunang kan. Takkan nak pakai liplap-liplap. Geli aku. Kang orang cakap tak sabar nak menikah pulak. Masa beli kain pun mula-mula sidia pilihkan kain satin+lace. Mintak maaflah. Awal-awal lagi aku dah reject.huhuhuhu
Kata orang, dalam tempoh bertunang ni darah manis. Manis la sangat kan?Nasib tak ada semut yang nak dekatkan. Kalau ada pun, semut yang bernama Mohd Najib je. hehehehe....Tapi, betul la. Banyak dugaan untuk kami. Namun, Alhamdulillah syukur pada Allah kerana berkat doa yang tidak putus-putus akhirnya kami tetap disatukan jua....
*mintak maaf la ek. Takde gambar nak dikongsikan. Tah mane pegi tah. Malas nak carik. Tapi, untuk episod selanjutnya, insyaallah....Jumpa lagi di episod yang akan datang....Salam


No comments:
Post a Comment