Kehidupan berumahtangga sememangnya sangat mencabar.
Kesabaran amat dititiberatkan demi menjamin kehidupan yang lebih bahagia.
Apabila
kita menjalani kehidupan sebagai seorang isteri, tanggungjawab mengurus
rumahtangga sudah semestinya terletak di tangan isteri. Isteri bertindak
sebagai raja di rumah (jangan salah faham….raja dalam mengurus hal ehwal dalam
rumah je ek). Segala menu ditentukan oleh isteri. Bagi isteri yang tidak berapa
mahir masak pasti akan menjadi lebih mahir andai sudah terbiasa dengan
kerja-kerja di dapur (macam tu jugakla dengan aku.huhuhu). Setiap hari pasti
akan bereksperimentasi dengan resipi yang bakal dicuba. Cukup-cukup bertuah
andai resipi yang dicuba menjadi dan disukai suami….
Menjadi
kepuasan buat si isteri apabila masakannya dipuji sang suami. Semangat untuk
memasak berkobar-kobar dalam diri. Tak sabar untuk menunggu hari esok rasanya.
Sebabnya….nak masak untuk suami lagi.hehehe….Satu kejayaan besar buat seorang
isteri apabila berjaya memasak makanan kegemaran suami dan disamakan dengan
masakan ibunya….(tapi tetap yakin memang tak boleh lawan sifu.huhuhu).
Aku
akui dulu aku bukanlah seorang yang mahir memasak. Buat kerja rumah pun
liat.(pengakuan ikhlas ni….)Tapi, Alhadulillah, setelah berumahtangga dan sedar
akan tanggungawab yang dipikul, aku mampu untuk mengurus rumahtangga dengan
agak baik.(poyo je kan???kihkihkih….) Sekarang ni tidak ada apa yang perlu
dirisaukan kalau tidak pandai memasak. Bukak je internet melambak-lambak resepi
yang boleh dicuba. Lama-lama nanti mesti mahir jugak untuk memasak. In shaa
Allah, tidak akan ada suami yang mati kebulur kalau isteri tidak pandai masak.
Apa yang penting, sebagai seorang isteri mesti berusaha untuk memancing selera
sang suami. Jangan beralasan dan mengambil kesempatan atas kebaikan suami.
Sebagai isteri kita perlu juga memasak untuk suami kerana air tangan isteri
mampu menambat hati suami. Lebih membanggakan isteri andai perut suaminya boroi
bukan sebab makan rasuah tapi sebab makan hasil air tangan isterinya
sendiri.hehehe…. Walaupun kadang-kala suami mengatakan dia tidak kisah andai
isterinya tidak memasak dan mengajak makan di luar, tapi dari sudut hatinya dia
tetap menginginkan masakan daripada isterinya….Percayalah….. Bagi para isteri,
renung-renungkan dan selamat beramal……


















