Lumrah HIDUP,
Apabila kau susah tiada siapa yang peduli
Mak, ayah, adik, kakak dan abang semua menyepi
Apatah lagi datuk, nenek, pakcik dan makcik.
Lumrah MANUSIA,
Apabila kau senang semua datang mendekat
Mak, ayah, adik, kakak dan abang semua datang merapat
Saudara jauh mengaku saudara dekat.
Lumrah DUNIA,
Apabila kau dikeliling kesenangan
Kau lupa pada Tuhan
Tatkala kau dihimpit ujian
Orang lain yang kau salahkan.
Semuanya sudah lumrah,
Silap sendiri tak pernah kau akui
Nasihat orang tak pernah kau peduli
Kau menjunjung ego yang tinggi
Konon kau perlu dihormati
Orang lain sesuka kau hina dan caci.
Lumrah,
Semuanya sudah menjadi lumrah
Kau hidup bermuka-muka
Kau lupa dosa pahala
Kau lupa adanya syurga dan neraka
Kau lupa pada Sang Pencipta
Solat kau tak pernah tinggal
Zikir sekalipun tak pernah gagal
Sesekali kau gunakanlah akal
Jangan kau lupa pada Raqib dan Atid
Yang sentiasa mencatat setiap amal
Baik buruk kau yang tentukan.
Manusia, Hidup dan Dunia,
Semuanya bersatu
Kaulah menjadi penentu....
Thursday, 26 December 2013
Wednesday, 18 December 2013
MANUSIA OH MANUSIA...
Kehidupan ini ibarat pusingan roda. Kadang kita di atas dan kadang kita di bawah. Apabila kita berada di puncak, janganlah kita meninggi diri dan memandang rendah orang yang sedang berada di bawah. Kita perlu ingat, kita berada di atas adalah disebabkan kesanggupan orang di bawah untuk mengangkat kita supaya berada di atas.
Hari ini mungkin kita bernasib baik. Tetapi kita jangan sesekali lupa bahawa Allah adalah perancang utama dalam kehidupan sekalian alam. Allah berkuasa menarik semula nikmat yang telah dikurniakan buat kita. Jangan sesekali kita takbur dengan nikmat yang sementara kerana kehidupan di dunia ini hanyalah sementara yang menjadi jambatan untuk kita menuju ke syurga.
Ada manusia mudah lupa diri dan pentingkan hidupnya sendiri. Hidup asal lepas tekak sendiri. Langsung tidak memikirkan hal orang lain lebih-lebih lagi orang yang telah banyak berjasa kepada mereka. Kadang-kadang lidah laju menuturkan kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Tanpa disedari, ada pihak yang makan hati.
Ada pula manusia yang sangat berkira. Sangat lokek untuk mengeluarkan perbelanjaan walhal kadang-kala untuk hidupnya sendiri. Orang lain pula yang diharap untuk mengurus kehidupannya sedangkan dia mampu berdikari.
Ada juga manusia yang suka 'menceceh'. Sekali kebaikannya diberi, bertahun-tahun sibuk mencanang sana sini. Orang lain dipandang sebelah mata konon dialah yang baik segala. Di hadapan orang tunjuk dialah perwira sedangkan hidupnya penuh sandiwara.
Allah bagi dugaan kepada manusia untuk menguji tahap keiman mereka kepadaNya. Tetapi ada manusia yang masih buta hatinya untuk menilai. Walaupun diri hebat diuji tetapi masih tidak sedar diri. Entah..... semoga golongan ini disucikan hatinya. Aku juga insan yang sering terkhilaf. Ampunkan kami Ya Rabbi.....

Thursday, 12 December 2013
EPISOD KEHIDUPAN : TENTANG EMAK
Walau apa jua panggilan sama ada Mak, Mama, Mommy, Ibu, Ummi semuanya membawa satu maksud yang sama. Insan yang mengandungkan dan melahirkan kita selama 9 bulan 10 hari walau ada yang kurang daripada itu.
MAK.......
Terbayang di ruang mata wajah ibu yang telah banyak berkorban masa, tenaga dan segala-galanya untuk memenuhi keperluan aku sebagai seorang anak. Daripada aku kecil sehinggalah meningkat dewasa seterusnya mendirikan rumah tangga. Walaupun semasa kecil pernah hatiku terdetik bahawa mak kurang memberikan perhatian dan kasih sayangnya buatku kerana lebihkan adik bongsuku.(jeles tau....)
Mak sememangnya kurang menunjukkan rasa kasih sayangnya kepada anak-anak. Wajah mak yang kurang 'mesra alam' semestinya akan memberikan tanggapan berbeza daripada orang yang baru dikenali. Mak kurang bercakap dengan orang yang tidak dikenali. Kata orang, tak kenal maka tak cinta.......
Banyak pengorbanan mak untuk kami. Tidak terbalas dengan wang ringgit yang diberikan....Walau kadang aku tahu hatinya terluka, tapi mak jarang menunjukkan riak sedih diwajahnya. Mak sembunyikan kesedihan yang dirasai demi menjaga perasaan anak-anak. Mak sentiasa menjadi tulang belakang keluarga kami setelah peninggalan arwah ayah. Aku bersyukur mak masih mampu mengharungi setiap dugaan yang mendatang dan mampu membiayai pengajianku sehingga tamat tanpa mengharapkan ihsan daripada orang lain. Aku bangga dengan semangat mak. Tanpa pengorbanan mak, tidak mungkin aku berada di tahap sekarang. Terima kasih, mak!
Mak tidak pernah masuk campur hal anak-anak. Segala keputusan anak-anak disokong dan direstu asalkan kena dengan caranya. Tidak ada paksaan dalam menentukan hala tuju hidup anak-anak. Mak tidak pernah menetapkan apa-apa syarat kepada anak-anak. Kami memberi setakat yang termampu. Tidak sedikitpun mak merungut dengan hasil yang kami berikan. Mak menerima setiap pemberian anak-anak seadanya.
Kadang-kadang aku terfikir, kenapa ada sesetengah ibu bapa yang sanggup mengenakan syarat kepada anak-anak. Ada yang menetapkan sebanyak sekian-sekian yang perlu diberikan setiap bulan. Kadang-kadang sesetengah ibu bapa sebegini tidak memikirkan keadaan anak-anak mereka. Yang mereka tahu, kemahuan mereka dituruti. Sememangnya anak-anak wajib mentaati ibu bapa mereka. Tetapi sebagai ibu bapa, apa salahnya kita memahami dan menyelami perasaan anak-anak.
Setelah kematian ayah semasa aku berada di semester dua, mak yang bersusah-payah untuk kami. Walaupun mak tidak bekerja tetapi Alhamdulillah, rezeki tidak pernah putus. Aku berjaya menamatkan pengajianku selama empat tahun dengan sedikit sebanyak pembiayaan daripada mak. Walaupun aku mendapat pinjaman PTPTN, tetapi kursus yang diambil memerlukan kos yang lebih besar. Alhamdulillah, mak, kakak dan abang sudi membantu. Syukur padaMu Ya Allah, kerana mengurniakan aku keluarga yang amat-amat memahami....
Aku bangga punyai seorang mak yang bukan sahaja tabah tapi punyai semangat waja. Mak merupakan semangat kami dalam meneruskan hidup. Mak tak pernah menyalahkan anak-anak walau aku tahu kadang hatinya terluka dengan sikap dan tindakan anak-anak. Mak tak pernah gunakan kuasa veto yang ada. Apa pun keputusan anak-anak, mak terima dengan hati yang redha.
Satu lagi sifat mak, tak pernah rasa iri hati dengan orang lain. Tak pernah nak membezakan apa yang orang lain dapat daripada anak-anak mereka dan tak pernah nak menunjuk apa yang mak ada. Semua rezeki datang daripada Allah. Setiap tahun, insyaallah kami meraikan ulang tahun kelahiran mak. Kami adik beradik bersama-sama memasak untuk majlis kecil yang diadakan untuk mak. Itu sebahagian usaha kami untuk membalas setiap pengorbanan mak. Kami tahu mak pasti seronok dengan apa yang telah kami lakukan lebih-lebih lagi kami menjemput beberapa jiran yang terdekat untuk sama-sama meraikannya.
Walau apapun yang telah kami lakukan, aku tahu ianya masih tidak mampu membalas segala jasa mak. Walau seluas lautan harta dan wang ringgit yang kami taburkan, tidak mampu menyaingi semua pengorbanan mak kepada kami. Mak satu-satunya ibu yang kami ada dan kasih sayangnya membawa sehingga ke syurga. Aku bersyukur dan sangat bersyukur dikurniakan ibu yang sangat hebat. Mak anugerah yang tidak ternilai buat kami.
Kepada semua anak, hargailah dan sayangilah ibu anda. Seandainya tiada mereka, maka tiada jugalah kita di atas bumi Allah ini. Jangan sesekali abaikan ibu kita yang banyak berjasa untuk anak-anak. Kepada golongan ibu juga, janganlah kita gunakan kuasa kita sebagai seorang ibu untuk menyumpah anak-anak. Sesungguhnya, kata-kata daripada seorang ibu itu adalah suatu doa. Jadilah kawan untuk anak-anak dan selamilah hati mereka juga. Sekian......

Monday, 2 December 2013
KERANA MULUT
~Kerana pulut santan binasa, kerana MULUT badan binasa....~
Pepatah tersebut tidak akan timbul tanpa sesuatu cerita. Kali ni aku nak kongsikan tentang akibat M.U.L.U.T. Kadang-kadang, aku akui mulut aku pun tak ada insurans jugak.hihihi....
Benarlah kata pepatah, lidah tidak bertulang. Namun, yang tidak bertulang inilah mampu menjadi senjata yang paling tajam yang mampu menghiris hati dan perasaan orang lain. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.
Kadang-kala, ada di antara kita yang bersifat bermuka-muka. Di hadapan kita, punyalah manis berkata-kata. Bak kata, pijak semut pun tak mati. Tapi apabila di belakang kita, bukan main nak tersimpul segala urat lidah dok menganyam ketupat buat bekalan ke neraka. Nauzubillah.....Lebih teruk, semanis rasa dok menambah cerita yang tidak ada. Yang ni, memang boleh mendatangkan kemarahan!!!
Ada juga pembawa mulut ini datangnya daripada darah daging sendiri. Tanpa rasa malu dan segan, dengan bangganya menjaja perihal isi rumah tangga kepada orang lain. Tanpa sedar, adik, kakak, abang, anak, suami dan isteri menjadi mangsa umpatan dan kejian. Tanpa rasa bersalah, maruah mereka dipijak-dipijak. Sedikit pun mereka tidak sedar impak yang akan diterima di kemudian hari. Ibarat meludah ke langit, akhirnya jatuh ke muka sendiri. Akhirnya, aib sendiri yang jelas terbuka dan ternganga....Yang peliknya, tidakkah mereka berasa malu membuka aib keluarga sendiri. Bukankah sepatutnya aib mereka disimpan ketat jangan sampai terbuka kepada orang luar?Di mana agaknya kewarasan akal mereka ketika itu? Lebih perit, ada yang sanggup menokok tambah cerita yang tidak ada buat penambah perasa penyedap cerita.
Tanpa kita sedar, akibat perbuatan kita banyak mendatangkan kerosakan bukan sahaja kepada diri kita malah keluarga dan masyarakat juga. Kita asyik menjaja kisah peribadi orang lain tanpa sedar kita juga sudah membuka aib kita sendiri. Bukan semua orang yang suka mendengar kita asyik bercerita tentang keaiban orang lain. Ada juga yang memandang jelek perbuatan kita yang terang-terang menjatuhkan maruah orang lain. Jangan kita sibuk menjaga tepi kain orang kerana tanpa sedar kain kita sendiri sudah besar berlubang.
Kadang-kala kita berasa bangga menyebarkan sesuatu berita yang kita sendiri tidak pasti sejauh mana kebenarannya. Banyak akibat buruk yang menanti. Andai kita ketahui sedikit keburukan orang lain, simpankan ia agar tidak disebar kepada orang lain kerana bimbang mampu menjadi fitnah dalam masyarakat. Bukankah kita disuruh untuk menutup keaiban saudara seagama kita? Allah swt berfirman dalam Surah Al Hujarat Ayat 12 bermaksud: " Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan (supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang) kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? (Jika demikian keadaan mengumpat) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertaqwalah kamu kepada Allah; sesungguhnya Allah Penerima taubat, lagi Maha mengasihani."
Rasulullah juga pernah bersabda bahawa : “Wahai golongan yang beriman dengan lisannya, tetapi tidak beriman dengan hatinya. Janganlah kamu mengumpat kaum Muslimin dan janganlah mengintip keaiban mereka, maka barang siapa yang mengintip keaiban saudaranya, nescaya Allah akan mengintip keaibannya dan siapa yang diintip Allah akan keaibannya maka Allah akan membuka keaibannya walaupun dirahsiakan di lubang kenderaannya.”
Setiap manusia tidak sempurna dan tidak lari daripada melakukan kesilapan. Sebelum berkata-kata perihal orang lain, cermin diri kita sendiri. Lihat sejauh mana keimanan kita kepada Allah dan nilaikan sendiri berapa kebaikan yang telah kita buat dalam kehidupan seharian kita. Terimalah setiap teguran dengan hati yang terbuka. Lapangkan hati dan bersihkanlah rohani kita. Jangan biarkan syaitan merajai hati dan perasaan. Suburkan iman, maniskan senyuman....
Sunday, 1 December 2013
KERANA JANJI
Pepatah melayu ada mengatakan, lembu dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya. Orang-orang zaman dahulu amat bijak dalam mencipta madah dan kata-kata hikmat dengan mengaitkan keadaan alam sekeliling. Kadang-kadang tak terjangkau dek akal fikiran kita.
Berbalik kepada peribahasa yang disebut tadi, tidak kita nafikan sifat manusia yang suka menabur janji tanpa berfikir terlebih dahulu. Sang mulut dengan begitu yakin berjanji sedangkan kita belum pasti dapat menunaikannya. Sudahnya, bukan diri sendiri sahaja yang menanggung impaknya bahkan orang sekeliling juga hingga tanpa sedar ada hati yang terluka.
Dalam Islam sendiri, ditegaskan andai ingin melakukan sesuatu, memadailah dengan menyebut insyaAllah kerana setiap yang berlaku adalah dengan izin Allah. Kita tidak tahu apa yang akan berlaku di kemudian hari. Jangan sesekali berjanji andai ianya belum pasti kerana disebabkan pulut, santan binasa; disebabkan mulut, badan binasa. Akhirnya nanti, siapa pula yang akan dijadikan kambing hitam untuk dipersalahkan? Jangan sudah terhantuk, baru hendak terngadah.
Janji bukan sekadar janji kerana ada janji yang dibawa sehingga mati. Mungkin ianya nampak remeh untuk sesetengah orang, tapi apabila kita telah berjanji bermakna kita telah mengikat seseorang dengan suatu keputusan yang bulat dan tekad. Tidakkah kita terfikir andai suatu hari kita tidak dapat menunaikan janji yang telah dibuat, pandangan serong akan dilontarkan kepada kita. Tiba masanya, barulah kita terpekik terlolong menyalahkan orang lain.
Orang yang memungkiri janji adalah sebahagian daripada golongan munafik. Dan tahukah anda, dosa orang yang munafik adalah lebih buruk daripada dosa membunuh? Allah telah berfirman dalam surah Annisa', ayat 145 yang bermaksud :" Sesungguhnya orang- orang munafik itu ditempatkan pada jurang neraka yang paling dalam."
Akhirul kalam, menunaikan janji adalah wajib. Jangan sesekali berjanji andai diri belum pasti dapat menunaikannya. Nampak mudah tapi besar impaknya kepada diri, keluarga dan masyarakat. Aku juga insan biasa yang tak lari daripada kekhilafan namun, kita wajib berpesan-pesan. Bukankah Rasulullah SAW pernah bersabda; "sampaikanlah pesanku walau hanya sepotong ayat". Yang baik itu datangnya daripada Allah, yang buruk datangnya daripada khilafku sendiri.

Subscribe to:
Comments (Atom)