Tuesday, 29 November 2011

MOTIVASI KEHIDUPAN

  
   Dalam menghadapi kehidupan, pasti terdapat banyak cabaran untuk kita tempuhi. Terpulang pada kita bagaimana cara yang dipilih untuk mengatasi setiap halangan tersebut. Namun, harus diingat jangan sampai jalan yang dipilih akan membawa kesesatan kepada kita.  Jika rasa buntu, mohonlah petunjuk daripada Allah. Insyaallah, akan dipermudahkan jalan buat kita.

     Setiap orang juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Kita bukan malaikat yang suci daripada noda dan dosa. Namun, berusahalah untuk memperbaiki diri. Jangan sesekali putus asa dan yang paling penting, jangan kita terlalu mudah putus harap pada rahmat Allah SWT. Allah itu Maha Pengampun. Tidak sesekali Dia membiarkan hambaNya terkapai-kapai dalam menongkah gelora kehidupan. Cuma, kadang-kala rahmat itu sampai agak lewat untuk hambaNya kerana hanya Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

     Kadang-kala, kita sebagai umatnya lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang telah Dia kurniakan. Kita terlalu alpa dengan kenikmatan yang Dia berikan. Apabila Allah menurunkan sedikit ujian buat kita, alangkah cepatnya kita mengeluh. Nauzubillah....Sedangkan apabila kita dikurniakan kesenangan walaupun sedikit, tidak pernah kita menadah tangan mengucapkan syukur kepadaNya. Pernahkah kita terfikir tentang itu?

                                                 
     Dalam kehidupan ini, Allah tidak akan sesekali memberikan kepahitan kepada kita tanpa kita merasai kemanisannya. Dia lebih mengetahui apa yang direncanakan buat kita. Sebagai hamba, kita perlu sentiasa berdoa dan terus berdoa. Redhailah setiap ujian yang diberikan kepada kita kerana nescaya, akan ada kebaikan untuk kita kelak. Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmatnya. Amin Ya Rabbal Aalamin....

3 comments: