BILA NAK TUNANG?
Semasa kita asyik bercinta, orang akan bertanya, bila nak tunang?Dapat-dapat yang bercinta lama-lama. (macam aku la kan). Kawan 4 tahun (sebelum bertunang) orang agaknya dah bosan tengok aku asyik keluar je (hehehehe). Agaknya mesti diaorang meluat tengok agaknya bila la budak ni nak bertunang. Kawan lama-lama nanti takut tak jadi pulak.Kalau orang tanya, jawab je nak kenal hati budi.(kadang-kadang kawan lama-lama pun belum cukup kenal jugak kan?hehehehe)
BILA NAK KAHWIN?
Bila dah bertunang pulak, ada lagi mulut yang bertanya bila nak kahwin?Tunang lama-lama tak elok. Darah manis, macam-macam boleh jadi.Tapi betul, dalam tempoh 2 tahun bertunang ditambah dengan 4 tahun bercinta=6 tahun, memang terlalu banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi. Jawapan yang boleh diberikan kepada orang-orang yang bertanya, tunggu dululah. Nak kumpul duit dulu. Ingat kahwin free je ke?huhuhu
BILA NAK ADA ANAK?
Bila dah kahwin pulak, orang sibuk bertanya, ni bila nak ada anak?Nanti dah tua menyesal. Buat apa nak tangguh-tangguh...Kadang-kadang naik bosan bila asyik ditanya soalan yang sama. Kadang-kadang boleh buat hati panas dengan pertanyaan yang nak kata soalan bodoh, tak berapa bodoh la.Tapi, jawapan best yang boleh kita bagi, kita tanya dia balik, ingat nak ada anak ni macam tekan duit kat bank ke?Masuk kad, tekan terus keluar duit.Kalau la semudah tu, rasanya semua orang tak perlulah nak tunggu lama-lama untuk dapat anak. Ada ke orang kahwin tak nak anak?Bila dah ada anak seorang, nanti akan ada lagi soalan bila nak tambah lagi?Yang ni lagi best jawapan yang boleh diberikan. Cakap je, kau ingat aku ni kilang buat anak ke?huhuhuhu
BILA NAK BERMENANTU?
Nanti bila anak-anak dah besar, soalan seterusnya ialah, bila nak bermenantu?Orang lain semua dah bercucu.Nanti tak sempat pulak nak timang cucu. Alahai......Jawapan yang patut diberikan, kau carikan aku menantu anak raja boleh?
BILA NAK BERCUCU?
Apabila anak-anak kita dah berkahwin, orang akan bertanya, kau bila nak timang cucu ni?Anak orang lain kahwin semua dah mengandung dah.Ada anak dah besar dah pun, kau bila lagi?Yang ni rasanya, jawapan apa nak bagi ek?Paling senang cakap je la, yang kau sibuk-sibuk jaga tepi kain orang apesal?Kau tu dah bercucu ke?Silap-silap anak pun tak ada.hahahahaha
Kesimpulannya, kita tak payah la terlalu sibuk nak bertanya itu-ini kepada seseorang tu. Kadang-kadang niat kita memang baik, tapi kadang-kala pertanyaan tu boleh menyinggung perasaan orang yang ditanya. Kita mungkin tidak sedar akan keadaan tu. Kita tak tahu apa nasib kita pada masa akan datang. Allah lebih mengetahui apa yang tersurat dan yang yang tersirat disebalik kehidupan seseorang itu. Kita manusia hanya mampu merancang tapi, yang menentukan adalah Allah SWT. Kalau Dia nak bagi, bila-bila Dia boleh bagi."Kun fa ya kun"."Jadilah", maka jadila ia. Kita tak boleh jangka apa yang Allah aturkan untuk kita. Hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita perlu ingat, segala yang berlaku adalah qada' dan qadar Allah. Dia Maha Mengetahui dan Dia Maha Mengerti. Wallahualam.......
No comments:
Post a Comment