Sunday, 18 December 2011

EPISOD KEHIDUPAN : TENTANG AYAH

Ayah, Abah, Walid, Papa, Daddy, Bapak dan mcam-macam lagi panggilan yang ada.Tapi, ia tetap membawa satu maksud yang sama. AYAH.Begitulah panggilan kami buat arwah ayah. Bagi aku sendiri, ayah amat istimewa.(mesti la semua anak akan cakap ayah dieorang istimewa kan?)

          Ayah seorang yang amat cool. Jarang marah-marah tak tentu pasal. Walaupun begitu, aku agak takut jugak la dengan ayah. Memang dia jarang marah anak-anak, tapi kalau ayah bersuara, pasti kecut perut jadinya. Satu lagi sikap ayah, dia tidak akan sesekali menegur anak-anak di hadapan orang lain walaupun depan mak atau adik beradik yang lain. Ayah akan menegur jika anak-anak buat silap hanya apabila orang lain tiada berhampiran kami. Contohnya, kalau aku ada buat sesuatu yang ayah tak suka, dia akan tunggu masa yang sesuai untuk bertanya. Katakan, ayah sedang makan di dapur dan kebetulan aku ke dapur,ayah akan ambil peluang masa tu untuk menegur.(kisah benar ni.hehehehe). Walaupun ayah tidak la menengking tetapi tegurannya cukup buat aku kecut perut.huhuhuhuhu.....begitulah sikap ayah. Tapi, kalau anak-anak dah melampau aku rasa tak kira ada orang atau tak, tetap kena marah jugak la. Kadang-kadang walaupun aku masih kecik, aku tetap ingat sampai sekarang siapa adik beradik yang pernah kena bantai ngan ayah.huhuhuhu......(buat adik-beradikku, nahas la korang. Rahsiamu ada ditanganku.huhuhuhu).

          Aku masih ingat, aku pernah bergaduh dengan abang aku (tapi aku takkan cerita apa yang jadi pada abang aku.sebabnya, ini kisah aku.hehehehe) Akibat kena marah, aku menangis depan tv dan pura-pura tidur.huhuhuhu. Takut sebenarnya nak mengadap muka ayah.hehehe...

          Hidup kami tidak la mewah tapi, tidak la sampai tak cukup makan. Untuk menyara kami 7 beradik, ayah gigih mencari rezeki. Yang aku ingat, ayah pernah menoreh getah, bertani dan juga berniaga. Paling best, kebun sayur ayah pernah dikunjungi oleh Dato' Rahim Tambichik. Masa tu aku tak tahu apa jawatannya walaupun dia pernah jadi Ketua Menteri Melaka. Rasanya masa dia datang melawat tu dia ada jawatan dalam kementerian.(tak berapa pasti sebab masa tu kecik lagi). Kebun sayur ayah memang menjadi masa tu. Macam-macam sayur yang ada. Tak perlu ke Cameron Highland rasanya. hehehe. Kobis, tomato, lobak putih, sawi, cili dan macam-macam lagi la.  

          Kenangan yang paling best masa nak pergi sekolah. Oleh sebab ayah berniaga, ayah akan keluar awal iaitu selepas subuh untuk order sayur. (masa ni kebun sayur ayah dah tak macam dulu) Jadi, bila ayah dah keluar dulu, maknanya ayah akan balik semula ke rumah untuk ambil aku dan adik aku untuk dihantar ke sekolah. Tapi, yang jadi masalahnya ayah akan balik lambat. Oleh sebab aku ni seorang yang berdisiplin,(hehehehe)pantang betul aku kalau lambat ke sekolah. Aku akan menangis dan menjerit panggil ayah. (konon-konon pasar tu dekat dan ayah boleh dengar je.huhuhuhu) Boleh dikatakan tiap-tiap hari kami akan lewat ke sekolah. Kalau kami sampai, mesti semua orang dah beratur. Tapi, bila dah besar ni dan bila difikir-fikir balik, memang la ayah selalu ambil kami lewat sebab ayah tak pakai jam tangan. Rasanya ayah cuma pakai jam tangan waktu ayah muda-muda dulu. 

          Ayah mula berniaga sebenarnya bermula dari bawah pohon ceri di Masjid Tanah. Kemudian baru ayah dapat tapak berniaga di pasar. Dulu, pasar Masjid Tanah bukan la di tempat sekarang. Bila pasar dinaik taraf dan dibina baru, ayah berpindah lagi. Masa aku kecik-kecik aku sangat suka ikut ayah ke pasar. Tak tahu kenapa.(tapi mungkin sebab selalu dapat buah free daripada pakcik belakang gerai ayah kot.hehehe. ke sebab ayah selalu beli gula-gula ek?) Ayah tak boleh bawak seorang je. Kalau adik aku ikut, aku pun tetap nak ikut jugak. Kalau tak, tahan la telinga dengar aku meraung sambil hempas-hempas badan. hahahaha.....

          Masa aku kecik-kecik, aku mesti tidur sebelah ayah. Kadang-kadang kalau terjaga tengah-tengah malam, aku mesti kejut ayah. Takut sebab suasana gelap gelita. Ayah pulak disebabkan mengantuk dan malas nak layan aku, dia akan buat bunyi kucing untuk takutkan aku dengan harapan aku akan tidur balik. Disebabkan takut, aku akan peluk ayah kuat-kuat dan tak berani nak bergerak-gerak lagi. Terpaksa la buat-buat tidur dan akhirnya pasti akan terlena jugak.hehehehe. Kadang-kadang sampai la ke besar. Bila tidur dalam bilik sorang-sorang dan ada 'sesuatu', aku akan tarik tilam ke luar dan tidur kat depan sebab aku tahu kadang-kadang ayah tidur depan tv.hehehe....

          Masa sekolah pulak, bila tiba hari untuk ambil kad laporan, ayah pasti datang. Tapi, best sebab ayah akan cerita yang baik-baik je pasal aku kat cikgu (walaupun kadang-kadang ayah reka je cerita tu konon aku rajin belajar kat rumah. padahal takpun.huhuhu). Aku ni sebenarnya paling susah nak bercakap dengan orang yang tak berapa rapat ngan aku apatah lagi orang yang baru kenal. Tak tahulah apa penyakit aku.huhuhuhu. Kalau ada orang datang rumah, kadang-kadang aku duduk je dalam bilik tak pun duduk kat dapur. Memang susah nak bergaul dengan orang aku ni. Tapi, bila aku masuk universiti, ayah sempat berpesan supaya jangan berat mulut. Duduk kat tempat orang kena pandai bawak diri. Merah jugak la mata ayah masa nak tinggalkan aku kat hostel. Maklumlah, itulah saat pertama kami berjauhan. Aku tak pernah berpisah dengan keluarga sebelum ni. Bila dapat belajar kat Tanjung Malim tu pun, mak cakap tak ada yang dekat lagi ke?(walaupun hajat pertama aku nak pergi utara tapi terpaksa dilupakan).Tapi, Alhamdulillah, berkat nasihat ayah tu la aku dah boleh kikis sikap berat mulut aku dulu tu. Sekarang ni, kira boleh jugak la bukak mulut dengan orang yang baru kenal. 

          Aku ingatkan ayah sempat merasa hasil aku bekerja. Tapi, Allah lebih dahulu menjemputnya. Banyak lagi kenangan yang tercipta antara aku dan ayah tapi rasanya, cukuplah setakat di sini dahulu. Semoga ayah tenang di dunia sana. Al-fatihah..... 

         

No comments:

Post a Comment