Saturday, 31 December 2011

~WELCOME 2012~

Tinggal beberapa saat lagi tirai 2011 akan dilabuhkan. Mahu tidak mahu tirai 2012 perlu dibuka mengambil alih tempat 2011. Terlalu banyak suka duka sepanjang 2011. Alhamdulillah, dengan izinNya aku mampu mengharungi semua dugaan dan rintangan yang telah direncanakan oleh Allah SWT, Tuhan pencipta alam. Berkat kekuatan yang diberikan menjadi suntikan semangat untuk menghadapi pancaroba 2012. Tiada sekelumit kesesalan di dalam diri. Cuma, yang diharapkan semangat untuk terus berjuang. BERPERANG barangkali. Yup! Berperang untuk hidup kerana hidup ibarat perjuangan. Semakin maju dunia, semakin kuat kita perlu berjuang. Banyak lagi yang kita perlu hadapi. Kita tidak tahu apa yang menanti kita di hadapan. Kita perlu berjalan dan terus berjalan. Sehingga satu saat, kita akan temui kesukaran. Allah tidak menjadikan jalan itu lurus sentiasa. Setelah puas kita berjalan, kita akan berasa hampa kerana perlu membuat pilihan lorong di hadapan kita. Ke kiri atau ke kanan? Salah pilihan kita, kitalah yang akan menanggungnya. Seandainya benar pilihan kita, syukur Ahamdulillah. Namun, harus diingat. Seandainya kita telah memilih lorong yang salah, jangan sesekali putus harap. Sabar dan patah semula ke pangkal jalan. Berjalan dan terus berjalan sehingga kita berjaya memilih lorong yang betul. Insyaallah, Allah tidak akan sesekali mensia-siakan hambaNya.


          Bila difikirkan 2011 bakal berakhir dan tidak mungkin akan kembali lagi, terfikirkah kita apa yang telah kita sumbangkan dalam kehidupan kita sepanjang 12 bulan tersebut?Adakah masa berlalu begitu sahaja?Sepertimana yang disebut dalam surah A-'Asr yang bermaksud : "Demi Masa! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, dan mereka pula berpesan-pesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan sabar." Rugikah kita?Wallahualam.....

         Menjelmanya 2012 bermaksud bermulanya buku baru. Buku yang lama, kita tutup dan boleh dibuka sesekali sebagai rujukan buat kita agar tidak mengulangi kesilapan yang serupa. Permulaan buku baru perlu dimulakan dengan lafaz Bismillah dan doa semoga coretan yang bakal memenuhi buku tersebut memberi manfaat yang berguna sepanjang 12 bulan tersebut. Tapi, sudah pasti permulaan tahun baru akan dilakari dengan penyakit sosial yang semakin sukar untuk dikawal. Sudah pasti esok di dada akhbar akan ada berita yang menjengkelkan mengenai generasi masa kini. Ditangkap khalwat, merempit, pesta dadah, seks dan bermacam-macam lagi akan menjadi habuan coretan para wartawan. Jika permulaan coretan telah dicalar dengan tinta hitam yang merosakkan, apa pula yang bakal berlaku untuk tempoh masa seterusnya?Sama-samalah kita fikirkan. 
         Menyambut tahun baru tidak salah. Tetapi kadang-kala cara kita menyambutnya yang salah. Asal tahun baru mesti perlu ada konsert. Mati ke kalau tidak dibuat konsert tu?Apa manfaat yang kita dapat? Sekadar hiburan. Yup!betul. Tapi, disebabkan terlalu banyak hiburan lah anak-anak muda kita hanyut dengan dunia yang dicipta sendiri. Dengan hiburan, generasi kita terlalu leka dengan nikmat dunia. Saya tidak menolak hiburan, cuma jelik dengan orang yang sangat taksub dengan hiburan. 

        Hidup kita umpama pohon. Akar yang menjadi tunjang kekuatan kita. Rosak akar, rosak la seluruh pohon. Akar itu adalah iman kita. Bajailah ia dengan amal dan kebaikan agar seluruh hidup kita bermakna. Renung-renungkan dan selamat beramal. Semoga 2012 memberi sinar bahagia buat kita semua. Salam.......


      

Wednesday, 28 December 2011

EPISOD KEHIDUPAN : HARAPAN DI TAHUN BARU

Diam tak diam, cuti sekolah hampir melabuhkan tirainya.....Bila memikirkan cuti sekolah dah nak habis bermakna semakin hampir dengan kerja. Alahai.......macam tak semangat je rasa nak kembali bekerja. Mood cuti pun tak habis lagi. Awal-awal ni mesti banyak kerja yang nak dibuat. Yuran sekolah, insurans, buku kerja, meeting dan macam-macam lagi la. Tapi, apa nak dikata.....kalau dah tugas kena la bertanggungjawab kan?Lagi 33 tahun nak mengadap benda yang sama. Kalau tak, prestasi kurang kena 'tendang' plak nanti....huhuhu...Siapa yang susah?Aku gak.....

          33 tahun lagi nak berkhidmat?Fuhhhhh.... lama tu. Entah hidup lagi ke tidak ntah kan?hahaha..... Semoga diberikan kesempatan dan kesihatan yang baik oleh Allah SWT. Perjalanan masih panjang. Apa-apa pun boleh jadi.

          Bila memikirkan masa bekerja makin tiba, terfikir jugak. Tahun ni mengajar subjek apa?Harap-harap mengajar subjek yang sama. BM + Pendidikan Seni. Walaupun BM bukan opsyen tapi dah 3 tahun mengajar rasa selesa pulak. Tapi setakat Tingkatan 3 je la. Tak sanggup rasanya nak mengajar Tingkatan 4 atau 5. Poning kepalo dibuek eh....Pendidikan seni plak wajib dipegang. Opsyen tu...Jiwa seni katakan.....Nanti buku RPH pun dah jadi macam sketch book la plak.hehehe....

          Harap-harap tahun ni dapat mengajar kelas yang baik-baik. Tak pandai tak jadi hal. Yang penting perangai jangan la yang macam setan. Stress aku dibuatnya....Rasanya peraturan lama masih boleh diguna pakai. Siapa-siapa yang tak siap kerja, bersedialah untuk berdiri di luar kelas sehinggalah diberi pengampunan. Duduk la bersila kat situ ek. Pastu sediakan la tempurung kecik satu. Agak-agak duit dah penuh, baru la masuk kelas. hahahaha....Alamak, agak-agak yang tu boleh buat tak ek?Naye dibuatnya.....

          Kepada anak-anak muridku dan bakal menjadi anak muridku, BERSEDIALAH!!!!!!Saya tak garang ok. Cuma tegas sikit. huhuhuhu.... Kat luar masih boleh bergelak tawa sama-sama. Tapi, dalam kelas sayalah yang berkuasa.hahahaha.....Bukan tak boleh bergurau tapi kena berpada-pada la. Kalau asyik nak bergurau je, buang masa. yang penting, kena bertempat la. Tiba-tiba teringat ada satu kelas ni. Mintak maaf siap bagi kad besar. Last-last perangai sama je. Berubah kejap je. Hari-hari masuk kelas tu stress je rasa.

         Walau apapun, mental dan fizikal kena siap sedia bermula dari sekarang. Semoga diberikan kekuatan dan dipermudahkan segala urusan. Amin.......   

Sunday, 18 December 2011

EPISOD KEHIDUPAN : TENTANG AYAH

Ayah, Abah, Walid, Papa, Daddy, Bapak dan mcam-macam lagi panggilan yang ada.Tapi, ia tetap membawa satu maksud yang sama. AYAH.Begitulah panggilan kami buat arwah ayah. Bagi aku sendiri, ayah amat istimewa.(mesti la semua anak akan cakap ayah dieorang istimewa kan?)

          Ayah seorang yang amat cool. Jarang marah-marah tak tentu pasal. Walaupun begitu, aku agak takut jugak la dengan ayah. Memang dia jarang marah anak-anak, tapi kalau ayah bersuara, pasti kecut perut jadinya. Satu lagi sikap ayah, dia tidak akan sesekali menegur anak-anak di hadapan orang lain walaupun depan mak atau adik beradik yang lain. Ayah akan menegur jika anak-anak buat silap hanya apabila orang lain tiada berhampiran kami. Contohnya, kalau aku ada buat sesuatu yang ayah tak suka, dia akan tunggu masa yang sesuai untuk bertanya. Katakan, ayah sedang makan di dapur dan kebetulan aku ke dapur,ayah akan ambil peluang masa tu untuk menegur.(kisah benar ni.hehehehe). Walaupun ayah tidak la menengking tetapi tegurannya cukup buat aku kecut perut.huhuhuhuhu.....begitulah sikap ayah. Tapi, kalau anak-anak dah melampau aku rasa tak kira ada orang atau tak, tetap kena marah jugak la. Kadang-kadang walaupun aku masih kecik, aku tetap ingat sampai sekarang siapa adik beradik yang pernah kena bantai ngan ayah.huhuhuhu......(buat adik-beradikku, nahas la korang. Rahsiamu ada ditanganku.huhuhuhu).

          Aku masih ingat, aku pernah bergaduh dengan abang aku (tapi aku takkan cerita apa yang jadi pada abang aku.sebabnya, ini kisah aku.hehehehe) Akibat kena marah, aku menangis depan tv dan pura-pura tidur.huhuhuhu. Takut sebenarnya nak mengadap muka ayah.hehehe...

          Hidup kami tidak la mewah tapi, tidak la sampai tak cukup makan. Untuk menyara kami 7 beradik, ayah gigih mencari rezeki. Yang aku ingat, ayah pernah menoreh getah, bertani dan juga berniaga. Paling best, kebun sayur ayah pernah dikunjungi oleh Dato' Rahim Tambichik. Masa tu aku tak tahu apa jawatannya walaupun dia pernah jadi Ketua Menteri Melaka. Rasanya masa dia datang melawat tu dia ada jawatan dalam kementerian.(tak berapa pasti sebab masa tu kecik lagi). Kebun sayur ayah memang menjadi masa tu. Macam-macam sayur yang ada. Tak perlu ke Cameron Highland rasanya. hehehe. Kobis, tomato, lobak putih, sawi, cili dan macam-macam lagi la.  

          Kenangan yang paling best masa nak pergi sekolah. Oleh sebab ayah berniaga, ayah akan keluar awal iaitu selepas subuh untuk order sayur. (masa ni kebun sayur ayah dah tak macam dulu) Jadi, bila ayah dah keluar dulu, maknanya ayah akan balik semula ke rumah untuk ambil aku dan adik aku untuk dihantar ke sekolah. Tapi, yang jadi masalahnya ayah akan balik lambat. Oleh sebab aku ni seorang yang berdisiplin,(hehehehe)pantang betul aku kalau lambat ke sekolah. Aku akan menangis dan menjerit panggil ayah. (konon-konon pasar tu dekat dan ayah boleh dengar je.huhuhuhu) Boleh dikatakan tiap-tiap hari kami akan lewat ke sekolah. Kalau kami sampai, mesti semua orang dah beratur. Tapi, bila dah besar ni dan bila difikir-fikir balik, memang la ayah selalu ambil kami lewat sebab ayah tak pakai jam tangan. Rasanya ayah cuma pakai jam tangan waktu ayah muda-muda dulu. 

          Ayah mula berniaga sebenarnya bermula dari bawah pohon ceri di Masjid Tanah. Kemudian baru ayah dapat tapak berniaga di pasar. Dulu, pasar Masjid Tanah bukan la di tempat sekarang. Bila pasar dinaik taraf dan dibina baru, ayah berpindah lagi. Masa aku kecik-kecik aku sangat suka ikut ayah ke pasar. Tak tahu kenapa.(tapi mungkin sebab selalu dapat buah free daripada pakcik belakang gerai ayah kot.hehehe. ke sebab ayah selalu beli gula-gula ek?) Ayah tak boleh bawak seorang je. Kalau adik aku ikut, aku pun tetap nak ikut jugak. Kalau tak, tahan la telinga dengar aku meraung sambil hempas-hempas badan. hahahaha.....

          Masa aku kecik-kecik, aku mesti tidur sebelah ayah. Kadang-kadang kalau terjaga tengah-tengah malam, aku mesti kejut ayah. Takut sebab suasana gelap gelita. Ayah pulak disebabkan mengantuk dan malas nak layan aku, dia akan buat bunyi kucing untuk takutkan aku dengan harapan aku akan tidur balik. Disebabkan takut, aku akan peluk ayah kuat-kuat dan tak berani nak bergerak-gerak lagi. Terpaksa la buat-buat tidur dan akhirnya pasti akan terlena jugak.hehehehe. Kadang-kadang sampai la ke besar. Bila tidur dalam bilik sorang-sorang dan ada 'sesuatu', aku akan tarik tilam ke luar dan tidur kat depan sebab aku tahu kadang-kadang ayah tidur depan tv.hehehe....

          Masa sekolah pulak, bila tiba hari untuk ambil kad laporan, ayah pasti datang. Tapi, best sebab ayah akan cerita yang baik-baik je pasal aku kat cikgu (walaupun kadang-kadang ayah reka je cerita tu konon aku rajin belajar kat rumah. padahal takpun.huhuhu). Aku ni sebenarnya paling susah nak bercakap dengan orang yang tak berapa rapat ngan aku apatah lagi orang yang baru kenal. Tak tahulah apa penyakit aku.huhuhuhu. Kalau ada orang datang rumah, kadang-kadang aku duduk je dalam bilik tak pun duduk kat dapur. Memang susah nak bergaul dengan orang aku ni. Tapi, bila aku masuk universiti, ayah sempat berpesan supaya jangan berat mulut. Duduk kat tempat orang kena pandai bawak diri. Merah jugak la mata ayah masa nak tinggalkan aku kat hostel. Maklumlah, itulah saat pertama kami berjauhan. Aku tak pernah berpisah dengan keluarga sebelum ni. Bila dapat belajar kat Tanjung Malim tu pun, mak cakap tak ada yang dekat lagi ke?(walaupun hajat pertama aku nak pergi utara tapi terpaksa dilupakan).Tapi, Alhamdulillah, berkat nasihat ayah tu la aku dah boleh kikis sikap berat mulut aku dulu tu. Sekarang ni, kira boleh jugak la bukak mulut dengan orang yang baru kenal. 

          Aku ingatkan ayah sempat merasa hasil aku bekerja. Tapi, Allah lebih dahulu menjemputnya. Banyak lagi kenangan yang tercipta antara aku dan ayah tapi rasanya, cukuplah setakat di sini dahulu. Semoga ayah tenang di dunia sana. Al-fatihah..... 

         

Sunday, 11 December 2011

BILA, BILA, BILA DAN BILA??????

Alhamdulillah, waktu cuti sekolah ni ramai pasangan yang ambil peluang untuk menamatkan zaman bujang masing-masing. Semoga bertambah lagi umat Muhammad SAW.....Tapi, perasan tak kita, sebelum kahwin mesti orang sibuk bertanya bila nak kahwin?Masa bercinta, orang akan tanya bila nak tunang?Bila dah bertunang, orang sibuk pulak bertanya bila nak kahwin?Bila dah kahwin, sibuk lagi bertanya bila nak ada anak?Bila dah ada anak, akan bertanya lagi bila nak tambah anak lagi?Lepas tu tanya lagi bila nak bermenantu?Kemudian, bila nak bercucu pulak?Soalan ni akan ditanya sampai la kita mati kot (agaknya la kan?hehehehe)

BILA NAK TUNANG?
Semasa kita asyik bercinta, orang akan bertanya, bila nak tunang?Dapat-dapat yang bercinta lama-lama. (macam aku la kan). Kawan 4 tahun (sebelum bertunang) orang agaknya dah bosan tengok aku asyik keluar je (hehehehe). Agaknya mesti diaorang meluat tengok agaknya bila la budak ni nak bertunang. Kawan lama-lama nanti takut tak jadi pulak.Kalau orang tanya, jawab je nak kenal hati budi.(kadang-kadang kawan lama-lama pun belum cukup kenal jugak kan?hehehehe)

BILA NAK KAHWIN?
Bila dah bertunang pulak, ada lagi mulut yang bertanya bila nak kahwin?Tunang lama-lama tak elok. Darah manis, macam-macam boleh jadi.Tapi betul, dalam tempoh 2 tahun bertunang ditambah dengan 4 tahun bercinta=6 tahun, memang terlalu banyak dugaan yang terpaksa ditempuhi. Jawapan yang boleh diberikan kepada orang-orang yang bertanya, tunggu dululah. Nak kumpul duit dulu. Ingat kahwin free je ke?huhuhu

BILA NAK ADA ANAK?
Bila dah kahwin pulak, orang sibuk bertanya, ni bila nak ada anak?Nanti dah tua menyesal. Buat apa nak tangguh-tangguh...Kadang-kadang naik bosan bila asyik ditanya soalan yang sama. Kadang-kadang boleh buat hati panas dengan pertanyaan yang nak kata soalan bodoh, tak berapa bodoh la.Tapi, jawapan best yang boleh kita bagi, kita tanya dia balik, ingat nak ada anak ni macam tekan duit kat bank ke?Masuk kad, tekan terus keluar duit.Kalau la semudah tu, rasanya semua orang tak perlulah nak tunggu lama-lama untuk dapat anak. Ada ke orang kahwin tak nak anak?Bila dah ada anak seorang, nanti akan ada lagi soalan bila nak tambah lagi?Yang ni lagi best jawapan yang boleh diberikan. Cakap je, kau ingat aku ni kilang buat anak ke?huhuhuhu 

BILA NAK BERMENANTU?
Nanti bila anak-anak dah besar, soalan seterusnya ialah, bila nak bermenantu?Orang lain semua dah bercucu.Nanti tak sempat pulak nak timang cucu. Alahai......Jawapan yang patut diberikan, kau carikan aku menantu anak raja boleh?

BILA NAK BERCUCU?
Apabila anak-anak kita dah berkahwin, orang akan bertanya, kau bila nak timang cucu ni?Anak orang lain kahwin semua dah mengandung dah.Ada anak dah besar dah pun, kau bila lagi?Yang ni rasanya, jawapan apa nak bagi ek?Paling senang cakap je la, yang kau sibuk-sibuk jaga tepi kain orang apesal?Kau tu dah bercucu ke?Silap-silap anak pun tak ada.hahahahaha

Kesimpulannya, kita tak payah la terlalu sibuk nak bertanya itu-ini kepada seseorang tu. Kadang-kadang niat kita memang baik, tapi kadang-kala pertanyaan tu boleh menyinggung perasaan orang yang ditanya. Kita mungkin tidak sedar akan keadaan tu. Kita tak tahu apa nasib kita pada masa akan datang. Allah lebih mengetahui apa yang tersurat dan yang yang tersirat disebalik kehidupan seseorang itu. Kita manusia hanya mampu merancang tapi, yang menentukan adalah Allah SWT. Kalau Dia nak bagi, bila-bila Dia boleh bagi."Kun fa ya kun"."Jadilah", maka jadila ia. Kita tak boleh jangka apa yang Allah aturkan untuk kita. Hanya Dia tahu apa yang terbaik untuk kita. Kita perlu ingat, segala yang berlaku adalah qada' dan qadar Allah. Dia Maha Mengetahui dan Dia Maha Mengerti. Wallahualam....... 






Friday, 9 December 2011

JUMAAT DATANG LAGI

Alhamdulillah, syukur kepada Allah kerana masih diberikan kesempatan untuk bernafas di atas muka bumiNya yang luas ini dan hari ini, kita bertemu lagi dengan hari Jumaat. Apa ada pada hari Jumaat?


          Jumaat merupakan hari yang sungguh mulia yang mempunyai banyak fadhilatnya. Saya percaya ramai yang mengetahui fadhilat Jumaat. Banyak peristiwa yang berlaku pada hari Jumaat. Pertama, ia merupakan hari Nabi Adam dijadikan dan pada Jumaat juga dia telah dikeluarkan dari syurga lalu dicampakkan ke bumi setelah ingkar dengan arahan Allah akibat memakan buah khuldi. Selain itu, beberapa Nabi juga telah berkahwin pada hari Jumaat. Pertama, perkahwinan Nabi Adam dengan Hawa; Nabi Yusuf dengan Zulaikha; Nabi Musa dengan Safura binti Syuaib; dan begitu juga dengan Rasulullah SAW dengan Khadijah. (sebab tu saya pun mengambil berkat hari Jumaat untuk diijabkabulkan)
  
          Menurut hadis Riwayat Muslim, kiamat juga akan berlaku pada hari Jumaat. "Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya."

         Dalam hadis lain, Rasulullah bersabda yang bermaksud : “Hari yang dijanjikan ialah hari kiamat, hari yang disaksikan ialah hari Arafah dan hari yang menyaksikan ialah hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat."

          “Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).

           Jumaat merupakan penghulu kepada semua hari. Pada hari ini seluruh kaum Adam diwajibkan mengerjakan solat Jumaat. Tapi, saya percaya masih ramai kaum Adam yang ambil ringan mengenai solat Jumaat. Kadangkala, ada kaum Adam yang hanya bersolat Jumaat sahaja namun, solat lima waktu entah ke mana. Nauzubillah....Pada hari ini sepatutnya semua kaum Adam mengambil peluang untuk memenuhi rumah ibadah kerana saya yakin pada hari-hari biasa kita kurang berkesempatan untuk beribadah di rumah Allah. Kaum Adam patut merebut peluang ini kerana doa pada hari ini adalah mustajab, Insyaallah......

         Hari Jumaat juga merupakan hari yang paling mulia, lebih mulia dari hari raya Aidilfitri ataupun hari raya Aidiladha. Jadi, kita digalakkan untuk banyakkan berdoa, berselawat, beristighfar dan sebagainya (yang baik-baik aje) pada hari ini. Insyaallah, segala amalan kita pada hari ini lebih mudah untuk 'sampai' kepada Allah SWT.



          Sesungguhnya, banyak lagi manfaat yang mampu kita peroleh pada hari yang mulia ini. Sama-samalah kita mencari dan menghayatinya demi mengharapkan rahmat dan keredhaan Ilahi. Hanya ini yang termampu saya kongsikan untuk hari ini.  Kita perlu berusaha untuk mencari keredhaanNya kerana kita belum tentu akan bertemu dengan Jumaat lagi pada akan datang. Barangkali, hari ini adalah Jumaat yang terakhir buat kita. Allah pengatur alam ini dan hanya Dia yang Maha Mengetahui setiap kejadian yang dilangit dan juga yang di bumi. Wallahualam......

          

Wednesday, 7 December 2011

CERITA CINTA : EPISOD PENYATUAN DUA HATI

Alhamdulillah, kini tiba pada episod selanjutnya. Kalau sebelum ni cerita disampaikan ala-ala cerpen tapi kali ni nak disampaikan dalam bentuk pantun pulak. Kata anak Melaka kan.....Anak Melaka mesti pandai berpantun. Kalau tak pandai pun, sikit-sikit jadi la....

Batang kelapa dijadikan titi, 
Untuk menyeberang ke Pekan Rokan,
Tibalah masa penyatuan dua hati,
27 haribulan 5 tarikh pilihan.

Tebu diproses menjadi gula,
Pisang berangan dimasak pengat,
Selepas Isyak majlis bermula,
Mengambil berkat hari Jumaat.

Pergi mengail di Tanjung Lebar,
Sampan karam terlanggar tunggul,
Jantung berdetak hati berdebar,
Menanti lafaz ijab dan kabul.

Harum mewangi si bunga melati,
Tidak terlawan bauan kasturi,
Lega sudah rasanya hati,
Sekali lafaz menjadi isteri.

Pergi ke pekan membeli rokan,
Rokan tiada ketam dicari,
Silver+pink menjadi pilihan,
Pelengkap gaya raja sehari.

Asam pedas ikan tenggiri,
Makan bersama ulam pegaga,
Semua hantaran digubah sendiri,
Ramai yang lihat tidak percaya.

Pergi mengail bersama Azmi,
Dapat seekor ikan kelah,
Selesai sudah majlis kami,
Alhamdulillah syukur kepada Allah.

Zamrud, permata, intan, berlian,
Menjadi idaman setiap insan,
Terima kasih saya ucapkan,
Kepada semua yang sudi meraikan.

Termeterai sudah ikatan janji,
Bebas dari alam khayalan,
Doa dipanjatkan kepada Ilahi,
Semoga bahagia kekal berpanjangan.
      



Bersama sahabat yang sentiasa menemani

 Debar menanti lafaz ijab dan qabul


Aku terima nikah.....

Alhamdulillah, hanya sekali lafaz kami sah sebagai suami isteri

Bacaan taklik oleh suami tercinta

 Gelang tangan daripada suami untuk batal air sembahyang



 Cincin suasa buat suami tercinta

 Kini kau milikku.....


Bersama menuju bahagia....

 Pelamin serba sederhana


Majlis persandingan



Penyatuan dua hati

 Bersama keluarga tersayang
 
 Pasukan kompang yang best giler

Sebahagian hantaran buat suami






 

Wednesday, 30 November 2011

CERITA CINTA : EPISOD SELANGKAH KE GERBANG PERKAHWINAN

"Kita tunang nak?Saya dah fikir masak-masak".HAAAAAA!!!!!!!Tunang?Biar betul? Terkejut aku bila si dia meluahkan hasrat hati. Dalam-dalam terkejut, gembira pun ada. huhuhuhuhu....Siapa yang tak nak kan?hehehehe...Dalam pada itu, aku minta si dia agar memikirkan sedalam-dalamnya keputusan yang dibuat. "Saya dah fikir dah. Dah tak ada apa lagi yang saya nak tunggu. Saya rasa ini keputusan yang tepat", jawabnya selamba. Hmmmm.......

     "Kenapa tiba-tiba nak ajak tunang ni?", tanyaku kepada si dia. "Tah la. Saya takut bila kita dah jauh, awak ada orang lain". Nak gelak pun ada. Macam la tak kenal dengan aku. Aku ni kan pecinta yang setia....hehehehe....

     Setelah kami berbincang sesama sendiri, aku sarankan agar pihak keluarganya bertemu dengan emak untuk perbincangan. Kita kan orang Melayu. Orang Melayu kaya dengan adat dan tata susila. Nak pinang anak orang mestilah beradat. Semoden mana pun kita, adat jangan sesekali letak ke tepi. Kalau tak, tak adalah pepatah, "Biar mati anak jangan mati adat" kan? Yang paling best, kami sama-sama ada darah minang. Siap ada suku-suku lagi. Aku pun tak tau aku suku apa. Jangan otak 3 suku dah la ek. huhuhuhu....Kalau orang-orang tua tu tahulah kot..... 


    Setelah kata sepakat diambil,  kami pun "diikat" pada 31 Mei 2009. Kami sepakat untuk ditunangkan dalam tempoh dua tahun. Lama kan? Tapi aku yakin. Seandainya jodoh kami memang sudah tertulis, selama mana pun tempoh yang dijanjikan, kami tetap bersatu juga akhirnya nanti. Insyaallah....

     Dalam majlis tersebut, pihakku menyerahkan 7 dulang hantaran berbalas 5 dulang daripada pihaknya. Semua hantaran daripada pihakku adalah hasil kerja tangan aku sendiri. Hebatkan?hahahaha...Riak la pulak...Tapi disebabkan aku sukakan kesederhanaan, aku hias tak la grand mana pun. Baru tunang je pun. Tak nak la over sangat. Sederhana kan lebih baik. Wasatiah kata orang Arab.hehehehe.... Baju tunang pun aku pilih kain yang biasa-biasa je. Baru tunang kan. Takkan nak pakai liplap-liplap. Geli aku. Kang orang cakap tak sabar nak menikah pulak. Masa beli kain pun mula-mula sidia pilihkan kain satin+lace. Mintak maaflah. Awal-awal lagi aku dah reject.huhuhuhu

     Kata orang, dalam tempoh bertunang ni darah manis. Manis la sangat kan?Nasib tak ada semut yang nak dekatkan. Kalau ada pun, semut yang bernama Mohd Najib je. hehehehe....Tapi, betul la. Banyak dugaan untuk kami. Namun, Alhamdulillah syukur pada Allah kerana berkat doa yang tidak putus-putus akhirnya kami tetap disatukan jua....


*mintak maaf la ek. Takde gambar nak dikongsikan. Tah mane pegi tah. Malas nak carik. Tapi, untuk episod selanjutnya, insyaallah....Jumpa lagi di episod yang akan datang....Salam

Tuesday, 29 November 2011

MOTIVASI KEHIDUPAN

  
   Dalam menghadapi kehidupan, pasti terdapat banyak cabaran untuk kita tempuhi. Terpulang pada kita bagaimana cara yang dipilih untuk mengatasi setiap halangan tersebut. Namun, harus diingat jangan sampai jalan yang dipilih akan membawa kesesatan kepada kita.  Jika rasa buntu, mohonlah petunjuk daripada Allah. Insyaallah, akan dipermudahkan jalan buat kita.

     Setiap orang juga tidak lari daripada melakukan kesilapan. Kita bukan malaikat yang suci daripada noda dan dosa. Namun, berusahalah untuk memperbaiki diri. Jangan sesekali putus asa dan yang paling penting, jangan kita terlalu mudah putus harap pada rahmat Allah SWT. Allah itu Maha Pengampun. Tidak sesekali Dia membiarkan hambaNya terkapai-kapai dalam menongkah gelora kehidupan. Cuma, kadang-kala rahmat itu sampai agak lewat untuk hambaNya kerana hanya Dia tahu apa yang terbaik buat kita.

     Kadang-kala, kita sebagai umatnya lupa untuk bersyukur dengan nikmat yang telah Dia kurniakan. Kita terlalu alpa dengan kenikmatan yang Dia berikan. Apabila Allah menurunkan sedikit ujian buat kita, alangkah cepatnya kita mengeluh. Nauzubillah....Sedangkan apabila kita dikurniakan kesenangan walaupun sedikit, tidak pernah kita menadah tangan mengucapkan syukur kepadaNya. Pernahkah kita terfikir tentang itu?

                                                 
     Dalam kehidupan ini, Allah tidak akan sesekali memberikan kepahitan kepada kita tanpa kita merasai kemanisannya. Dia lebih mengetahui apa yang direncanakan buat kita. Sebagai hamba, kita perlu sentiasa berdoa dan terus berdoa. Redhailah setiap ujian yang diberikan kepada kita kerana nescaya, akan ada kebaikan untuk kita kelak. Semoga kita semua sentiasa di bawah rahmatnya. Amin Ya Rabbal Aalamin....

Monday, 28 November 2011

EPISOD KEHIDUPAN : TENTANG NENEK

     Tiba-tiba teringat tentang nenek. NENEK. Mungkin bagi sesetengah orang tiada yang istimewa dapat dikongsikan tentang nenek. Tapi, bagi aku ada satu cerita yang menarik tentang nenek yang ingin dikongsikan.

     NENEK.... Ibu kepada ayah atau ibu kita. Apabila disebut tentang nenek, terbayang dibenak kita seorang wanita tua yang berkedut wajahnya dan rambut beruban. WO... Itulah panggilan kami buat nenek. WO amat istimewa di mata kami kerana sehingga ke hari ini kami tidak henti-henti bercerita kisah tentangnya jika teringatkannya. 

     Setiap kali aku pulang dari sekolah, WO akan setia menanti di muka pintu rumahnya walaupun aku tinggal bersama mak dan ayah di hujung kampung. Kadang-kadang, dia tertidur di muka pintu. Mungkin kebosanan kerana keseorangan di rumah. Di atas meja di ruang tamu serambi rumah, pasti telah tersedia milo panas dan jemput-jemput. Kadang-kadang jika kehabisan susu, WO akan sediakan air milo kosong atau teh. Sebelum balik ke rumah mak dan ayah, aku akan makan dahulu apa yang telah dihidangkan. Sambil makan, WO akan bercerita apa yang berlaku pada hari itu. Satu perkara yang tidak boleh dipisahkan dengan WO yang kami akan ingat sehingga ke hari ini ialah keenakan nasi gorengnya. Nasi goreng yang WO buat memang sedap dan tiada bandingannya dengan mana- mana tempat. Setiap petang apabila kami mengambil WO untuk tidur di rumah kami, pasti ada bekalan yang dibawa untuk kami. WO akan tersenyum apabila melihat cucu-cucunya berselera menikmati nasi gorengnya. (Memang sedap woooooo!!!!!Hingga menjilat jari tau.huhuhuhu)

     Satu hari semasa aku pulang dari sekolah, ku lihat WO di rumah saudaraku dan ramai orang disitu. Rupanya Wo telah diragut. Habis rantai emas WO direntap peragut. Mujur, WO selamat dan tiada kecederaan serius. (Cuma leher je melecet siket). Nasib WO memang tak baik hari itu.

     Kalau aku tidak singgah ke rumah WO selepas pulang dari sekolah, WO pasti akan bertanya, "tak sekolah ke hari ni?".hehehehe... "sekolah la, tadi naik prebet sapu terus sampai rumah sebab dah petang sangat", jawabku. Aku balik lambat pun sebab ada kelas tambahan.

     Satu ketika, WO jatuh sakit. Mula-mula, kami kesan apabila terlihat mulutnya tiba-tiba menjadi senget. Aku orang yang mula-mula perasan akan keadaan itu terasa mengelabah. Terus panggil ayah. Ayah tanya pada WO samaada dia ok atau tak. Tapi, yang herannya, WO cakap OK. sejak tu, WO mula tak boleh menahan kencing. Kadang-kadang, aku dan kak ngah akan mengelap air kencing yang meleleh di lantai. Apabila keadaan WO mula bertambah teruk, aku dan kak ngah akan bergilir-gilir menguruskan WO. WO kami pakaikan pampers. Mula-mula, WO tak mahu dipakaikan pampers mungkin sebab segan. Kalau pakai pun, dia nak pakai sendiri. Tapi, kami tak pernah mengabaikan WO. Walaupun dimarah, (sebab nak pakai pampers sendiri) kami tetap sabar menguruskan dirinya. Setiap pagi, kami akan mengangkat WO ke bilik air untuk mandi dan membersihkan diri. Rambutnya kami syampu dan badannya akan disabun sehingga wangi. Untuk memudahkan kami menguruskannya dan untuk keselesaannya juga, rambutnya telah dipotong pendek.

     Aku masih ingat lagi, semasa keadaannya belum bertambah teruk, kulihat dia termenung di atas kerusi malas. Apabila ditanya, dia menjawab dia nak mati. Lantas meminta untuk dipakaikan barang kemasnya. Setelah keadaannya teruk, dia sendiri yang menanggalkan barang kemas tersebut. WO juga teringin untuk makan hati ayam dan buah ciku. Alhamdulillah, hajatnya untuk makan hati ayam yang digoreng dapat ditunaikan. Namun, hajatnya untuk makan buah ciku tidak tertunai memandangkan pada ketika itu, tiada musim buah ciku.

     WO mula ternampak bayangan-bayangan orang yang telah pergi yang mempunyai ikatan dengannya. Kami mula jadi takut kerana kami tahu, WO akan pergi meninggalkan kami. Saat itu, satu persatu anggota badan WO mulai lumpuh bermula daripada kakinya. Yang terakhir, suara WO telah disekat. Tiada lagi komunikasi antara kami. 

     Pada malam itu, saat aku sedang menelaah pelajaran, (memandangkan SPM semakin hampir)  kulihat nafas WO seakan tersekat. Mula-mula, aku ingatkan WO haus. Lalu kusuapkan air ke bibirnya. Namun, keadaannya kulihat seakan-akan sedang bertarung nyawa. Kupanggil ayah dan kami semua mengelilingi WO. Ucapan kalimah syahadah dititipkan di telinga WO. Saat itu, WO pun menghembuskan nafasnya yang terakhir. Bercucuran airmata kami. 

     Namun, syukur Alhamdulillah kerana kurang rasa terkilan di hatiku kerana aku sempat berbakti untuk WO dalam menguruskan dirinya. Walaupun sudah 10 tahun WO meninggalkan kami, kenangan bersamanya masih segar dalam ingatan. Aku bertuah memiliki seorang nenek yang tidak pernah lokek dan sangat menyayangi kami.  Semoga roh WO ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang dikasihi ILAHI.Amin ya rabbal a'lamin.......


Saturday, 19 November 2011

CERITA CINTA : EPISOD CINTAN CINTUN

Weewitttttt! “Bunyik cencorot mane la tu…”,getus hatiku . Geram rasanya hati kerana sejak tadi asyik terdengar lelaki gatal tidak habis-habis membuat bunyi yang kurang menyenangkan.  Aku menoleh ke arah  punca bunyi tersebut. Terlihat kelibat seorang pemuda yang memerhatikanku dari jauh sambil tangannya ligat menyiang ikan. Sempat dia menoleh ke arahku dan mengenyitkan matanya. Dasar lelaki miang!!! Huh, geram rasa hati melihat tingkah laku pemuda tersebut. Namun, wajah kacaknya (kacak ke?huhuhuhu) sedikit sebanyak mencairkan hatiku.(hahahaha….. )
                Hari demi hari berlalu. Aku tidak ambil pusing mengenai pemuda tersebut. Aku tidak sedar sama ada dia ada atau tidak tiap-tiap hari. Walaupun wajahnya agak menarik, tetapi dia kurang menarik minatku disebabkan kulit wajahnya yang agak cerah. Aku sememangnya tidak berminat dengan lelaki yang berkulit cerah kerana bagiku lelaki yang berkulit cerah macam pondan!(oooopppps!terlebih sudah.huhuhuhu…..). Cuma yang pasti, kalau dia ada pasti dia mencuri-curi pandang dan memanggilku ketika kakakku dan pembantuku leka dengan kerja mereka.
                Satu hari ketika aku ingin mengambil bil setelah selesai berniaga (aku sempat mengambil alih menjual sayur-sayuran di pasar setelah kematian bapaku sementara cuti semester 3 bulan), pemuda yang sering cuba menarik perhatianku (dah selalu ‘swit2 tu kira nak ngorat la tu kan?) memanggilku dan cuba meminta nombor telefonku. “Kalau nak, mintak la kat kakak”. Aku memang jenis yang bukan mudah untuk memberikan nombor telefonku kepada orang lain lebih-lebih lagi orang yang aku tak kenal. “Buat apa nak mintak kat kakak, awak bagi je la”, ucapnya. Namun, aku terus berlalu dan meninggalkannya dengan senyuman.(kihkihkih).
                Kadang-kadang kulihat pemuda ni sangat berani sampaikan dia pernah baling ais ke arahku untuk menarik perhatianku. Marah betul aku masa tu. Nasib ketulan ais yang dibaling tak terkena kepala. Kalau tak, memang cari nahas la.
                Namun, pada suatu hari, kulihat kelibat pemuda ni keluar dari lorong belakang dengan memakai uniform sekolah. Haaaaaa????????Budak sekolah rupanya dia ni. Terkejut aku dengan apa yang kulihat kerana susuk tubuhnya tak umpama budak sekolah. Selama ni kusangkakan dia lebih kurang sebaya dengan aku je. Rupanya telahanku meleset. Cis!Memang hampeh tol la.
                Oleh sebab aku sudah tau dia budak sekolah jadi, setelah dia berulang kali meminta nombor telefonku, aku mula berani memberikannya. Aku membuat isyarat untuk bertemu di pondok telefon. Selang beberapa minit, dia datang dan aku terus memberikan nombor telefonku kepadanya. Aku sempat bertanya kepadanya, “sekolah lagi ek?”. “A’ah”,jawabnya sambil berlalu pergi.
                Malam tu dia mula menelefonku dan kami berbual agak panjang. Salam perkenalan…..huhuhuhu.  Kami  bercerita tentang diri masing-masing. Dia terkejut apabila aku memberitahu usiaku yang sebenar. Waktu itu, umurku hampir menjangkau 21 tahun. Dia sangat terkejut kerana sangkanya aku budak asrama baru habis SPM.(sebab aku selalu pakai baju lengan panjang n track suit je). Tolong sikit ek…..Maknanya aku ni awet muda la kan?kuikuikui… Aku diberitahu bahawa si dia bekerja sambilan di pasar ketika cuti hujung minggu untuk menambah duit poket.(rajinnye die……)
                Hari demi hari perhubungan kami makin rapat. Walaupun aku berada jauh di perantauan (perantauan la sangat…), dia tetap rajin menghubungiku. Walaupun wujud jurang antara usia kami, tapi aku senang dengan sikapnya yang telus. Sepanjang berkawan dengannya tidak terasa perbezaan usia antara kami. Mungkin disebabkan pergaulannya yang lebih banyak dengan orang yang lebih berumur daripadanya. Hubungan kami berlanjutan tanpa disedari bibit percintaan mula bertapak di hati.(huh!poyo tol.huhuhuhu). (Bunga-bunga cinta semakin berkembang nampaknya....hehehehe.)Walaupun tiada lafaz yang menzahirkan perasaan kami tatkala itu, namun masing-masing mengerti akan perasaan yang tersemat dalam hati masing-masing.(memang sangat poyo kan?huhuhuhu)
macam ni la agaknya bunga-bunga cinta antara kami
                  Sepanjang percintaan (kira dah bercinta la tu walaupun tak pernah declare), banyak dugaan yang ditempuhi. Lebih-lebih lagi si dia mempunyai banyak skandal.(eleh, ingat aku tak tahu la tu.huh!). Aku tidak meletakkan apa-apa harapan terhadap perhubungan kami kerana sememangnya aku tidak mudah percaya dengan lelaki (sebab pernah frust …sedihnye….). Namun, kuasa Allah tiada siapa dapat menghalang. Walaupun hubungan kami pernah terputus seketika, namun ianya bertaut kembali setelah si dia berusaha meyakinkan aku dengan keikhlasan cintanya (ikhlas ke??????huhuhu). Pelik!Walaupun banyak dugaan yang menimpa, tapi aku tetap setia dengannya. Kalau orang lain mesti dah angkat kaki punya. Namun, tiada yang mustahil sekiranya memang si dia jodohku.
                Tiada yang mustahil sebenarnya. Disebalik kenakalannya, tersimpan sesuatu dalam dirinya yang menarik perhatianku mungkin juga orang lain. Sikap tanggungjawab yang ada dalam dirinya benar-benar meyakinkan aku dengan perhubungan kami. Hampir tiga tahun kami menyulam cinta, si dia mencadangkan agar ikatan diteruskan dengan ikatan pertunangan. Maka, bertunang la kami……
                Sudah menjadi lumrah, setiap perhubungan itu pasti ada pasang surutnya. Begitu juga dengan kami.  Namun, Allah kuatkan ikatan kami dengan permulaan ikatan janji iatu majlis pertunangan kami.
(Sekian sahaja kisah cinta kami. Kisah seterusnya akan disambung pada episod yang akan datang.  TUNGGUUUUUUU………)

Friday, 18 November 2011

15 CiRi waNiTa SyUrGa

Actually, artkel ni dipetik dari laman iluvislam.com. saya suka singgah di laman ni kerana banyak input yang boleh dikongsi bersama.semoga kita sama-sama dapat manfaat darinya....

1. Bertakwa.

2. Beriman kepada Allah, malaikat-malaikat-Nya, kitab-kitab-Nya, rasul-rasul-Nya, hari kiamat, dan beriman kepada takdir yang baik mahupun yang buruk.

3. Bersaksi bahawa tiada yang berhak disembah kecuali Allah, bersaksi bahawa Muhammad adalah hamba dan Rasul-Nya, mendirikan solat, menunaikan zakat, berpuasa bulan Ramadan, dan menunaikan haji bagi yang mampu.

4. Ihsan, iaitu beribadah kepada Allah seakan-akan melihat Allah, jika dia tidak dapat melihat Allah, dia mengetahui bahawa Allah melihat dirinya.

5. Ikhlas beribadah semata-mata kepada Allah, tawakal kepada Allah, mencintai Allah dan Rasul-Nya, takut terhadap azab Allah, mengharap rahmat Allah, bertaubat kepada-Nya dan bersabar atas segala takdir Allah serta mensyukuri segala kenikmatan yang diberikan kepadanya.

6. Gemar membaca al-Quran dan berusaha memahaminya, berzikir mengingati Allah ketika sendiri atau bersama orang dan sentiasa berdoa kepada Allah.

7. Menghidupkan amar makruf dan nahi mungkar pada keluarga dan masyarakat.

8. Berbuat baik (ihsan) kepada tetangga, anak yatim, fakir miskin, dan seluruh makhluk, serta berbuat baik terhadap haiwan ternakan yang dimiliki.

9. Menyambung tali persaudaraan terhadap orang yang memutuskannya, memberi kepada orang, menahan pemberian kepada dirinya, dan memaafkan orang yang menzaliminya.

10. Adil dalam segala perkara dan bersikap adil terhadap seluruh makhluk.
11. Menjaga lisannya daripada perkataan dusta, saksi palsu dan menceritakan kejelekan orang lain (ghibah).

13. Menepati janji dan amanah yang diberikan kepadanya.

14. Berbakti kepada kedua-dua orang tua.

15. Menyambung silaturahim dengan keluarganya, sahabat terdekat dan jauh.

A'eh, tibe2 brbloging la plak!huhuhuhu ^o^

Assalamualakum pembuka bicare.....

hehehe...tbe2 bleh brbloging la plak. ni gare2 trikut2 ngn mmber la ni...Pn. Salina Aizat, sy dh de blog sndri la.huhuhuhu..... lpas ni kne asah minda cket tok kgsi cerita ngn sume org.huhuhuhu....dlam kpale ni yg trpikir, mle2 nk share ape2 je yg brmkne tok kte sume.....insyaallah....

apepun kne tggu dulu la ape yg dpt dkgsikn nanti ek....tgguuuuuuu.....ok la, stakat ni je pngenalan kali ni...salam...